adsense 728x90


Recent Post

22 January 2011

Gambar artis: Perkahwinan Zaquan Adha dan Ayu Raudhah



Hanya dengan sekali lafaz, penyerang skuad Kebangsaan  Mohd Zaquan Adha Abdul Razak, 23, selamat diijabkabul dengan pasangannya, pelakon Ayu Raudhah Abu Bakar, 26, di Masjid Sultanah Bahiyah pada Jumaat, (21-01-2011). Majlis akad nikah itu berlangsung pada pukul 3.45 itu disaksikan keluarga pasangan, saudara terdekat serta peminat.

Dalam majlis yang serba ringkas itu, Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Abu Bakar @ Che Wan yang kelihatan anggun memakai busana berwarna krim rekaan Man Kajang, menerima mas kahwin RM1,888 serta tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan berbalas sembilan dulang. Bagaimanapun, jumlah sebenar wang hantaran dirahsiakan atas persetujuan kedua² belah pihak.

Turut hadir dalam majlis tersebut, ibu bapa Mohd Zaquan Adha, Azizah Arshad, 58, dan Abdul Razak Salleh, 61 , abang dan kakak Ayu, Roshidi Abu Bakar @ Che Wan dan Rozita Che Wan, abang ipar mereka, aktor Mazlan Ahmad dan kembar kepada Mohd Zaquan iaitu Aidil Zafuan, ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta kenalan rapat mereka.

Majlis perkahwinan pengantin perempuan akan diadakan pada malam ini di bangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) manakala majlis pihak lelaki akan berlangsung pada 30 Jan di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Negeri Sembilan.

" tahniah kepada kedua-dua mempelai"



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Suka tak entri ni? Bagi komen sikit, nanti saya balas.