Terbaru, lagu Bonamana yang dipopularkan kumpulan Super Junior diharamkan di China.
Satu laporan mencatatkan, lagu itu diharamkan Kementerian Kebudayaan China awal bulan ini. Bagaimanapun, maklumat lanjut berkaitan isu itu tidak didedahkan, lantas menjadi persoalan kepada peminat kumpulan pop popular itu di China.
Dipercayai lagu itu diharamkan susulan pihak syarikat rakaman gagal menyediakan dokumen pradengar seperti mana diwajibkan pihak pemerintah.
Ini bermakna, pengharaman lagu itu berdasarkan kegagalan pihak mereka mengikut prosedur ditetapkan dan bukan kerana lirik lagu Bonamana.
Situasi sama pernah berlaku pada artis antarabangsa lain seperti Bruno Mars, SHE, Jay Chou dan ramai lagi.
No comments:
Post a Comment
Suka tak entri ni? Bagi komen sikit, nanti saya balas.