adsense 728x90


Recent Post

27 January 2011

Gambar Artis : Scha Al Yahya Nak Kahwin Ke?



“HUBUNGAN kami seperti biasa cuma jodoh dan ketentuan itu di tangan Yang Maha Esa. Jika ada jodoh antara kami, insya-Allah ia akan saya beritahu kelak,” sepintas reaksi Scha Al Yahya ketika ditanya hubungannya dengan Awal Ashaari.
Walaupun pernah membincangkan perkara itu bersama Awal, kata putus belum dibuat.

“Hubungan kami serius, malah pernah juga kami berborak ke arah gerbang perkahwinan.

“Kalau boleh, saya mahu menamatkan zaman bujang sebelum mencecah usia 30 tahun,” katanya.

Scha menambah, dia sering bertanya diri sendiri adakah pilihannya kali ini tepat? Menilai kekuatan dan kekurangan diri dan pasangannya, aktres ini percaya Awal adalah insan yang serasi dengannya.

“Kami memiliki beberapa persamaan dan menyukai banyak perkara bersama. Walaupun ada banyak percanggahan pendapat, rasanya itulah gunanya teman.

“Jika saya salah, dia membetulkan salah itu dan begitu juga sebaliknya. Walaupun begitu, secara jujur saya membina kekuatan diri secara fizikal dan mental untuk melalui gerbang perkahwinan itu nanti,” katanya.

Mungkin tidak mahu memanjangkan cerita, perbualan ringkas itu ditamatkan dengan sebaris senyuman. Manis bibir aktres ini memberikan makna dan membuatkan cerita beralih kepada kerjayanya.

Selepas diterbangkan ke Perth, Australia baru-baru ini, Scha tidak sabar-sabar pula menantikan tiga filem lakonan beraksi di pawagam tempatan. Libas, Aku Bukan Tomboy dan Awan Dania The Movie antara taruhannya untuk lebih gah di persada seni.
Menurut Scha, Libas antara yang menguji kemampuan lakonannya malah segala usaha sudah diberikan. Kerana itu, si gadis manis ini mengharapkan tayangannya nanti memberi impak kepada penonton dan dirinya.
Dipetik dari Harian Metro

" Camne tu, bila nak kahwin ni?"


Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Suka tak entri ni? Bagi komen sikit, nanti saya balas.