adsense 728x90


Recent Post

19 January 2011

Khurafat menakutkan.... eeee



MINGGU ini bermulalah debaran kencang Syamsul Yusof. Ujian terbaru menunggunya di panggung apabila karya seram pertama, Khurafat, mula ditayang. Bagi memenuhi janji saya kepada Syamsul, saya terus kejar tayangan pada hari pertama Khurafat di TGV, KLCC, malam kelmarin.
Sebagai pemenang trofi dalam Festival Filem Malaysia (FFM) dan Anugerah Skrin (ASK) lalu, tentu ada sesuatu yang menarik boleh diharapkan daripada Syamsul. Filem-filem drama aksinya yang lepas sudah terbukti. Bagaimana pula dengan yang ini? Itulah yang saya mahu tengok.

Sebagai mengikut 'trend' yang diminati sekarang, Syamsul menyahut cabaran menghasilkan filem genre seram. Maka lahirlah Khurafat daripada label Skop Productions Sdn Bhd yang sinonim sangat dengan filem melankolik dan aksi. Siapa boleh lupa jasa Datuk Yusof Haslam mencipta fenomena terhebat dengan Sembilu dan Maria Mariana? Awie, Erra Fazira, Ziana Zain adalah antara superstar ciptaan Datuk Yusof. Beliaulah pengarah The Six Million Dollar Man pertama di Malaysia. Namun hari ini dengan bangganya Datuk Yusof membuka laluan karpet merah kepada anaknya pula untuk berkarya dan terbukti langkah itu tidak sia-sia. Dengan penuh optimis saya melihat Syamsul ada ruang dan masa depan yang cerah untuk berjaya seperti ayahnya.
 

Syamsul sendiri akui, dia mahu membawa pembaharuan kepada Skop Productions dengan menghasilkan filem pelbagai genre. Berbalik kepada Khurafat, petanda awal yang saya lihat, filem itu sudah mula mempengaruhi minda penonton. Melalui tayangan umum yang saya lihat kelmarin, panggung penuh dan bermacam reaksi terlihat.

Ramai penonton terpaksa mengintai di celah jari, ada yang resah, ada yang terjerit dan lebih menarik selepas habis tayangan, ada yang bertepuk tangan sebagai tanda puas. Bagi saya itu sudah cukup untuk menjadi kayu pengukur melihat sejauh mana impak Khurafat di mata dan hati penonton.

Sebelum ini, Ngangkung dan Hantu Kak Limah Balik Rumah lebih dulu mencuri tumpuan. Bukan sedikit malah kutipan tiket masing-masing melepasi RM7 juta. Maka senyum puaslah David Teo dan Gayatri Su-Lin Pillai.

Apa pendapat korang tentang cerita Khurafat ni?


Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Suka tak entri ni? Bagi komen sikit, nanti saya balas.