Tidak mahu dugaan terus melanda diri, pasangan itu hanya sempat mengikat tali pertunangan tidak sampai sejam sebelum mereka diijabkabulkan. Sebagai simbolik kepada majlis pertunangan itu, ibu Azam me?nyarungkan gelang tangan emas ke tangan Rabecca.
Menurut Rabecca yang berseri mengenakan persalinan rona putih sentuhan pereka terkenal, Calvin Thoo, mereka sengaja tidak mahu bertunang lama kerana takut mengundang dugaan lebih besar jika melambatkan tarikh pernikahan.
“Jika kami bertunang terlebih dulu, mungkin akan mengambil masa berbulan-bulan pula untuk mencari tarikh yang sesuai bagi mengadakan majlis pernikahan, kenduri dan persandingan.
Selamat Mendirikan rumah tangga kepada Rabecca Nur Al Islam Ahmad dan suami.
semuga berkekalan Rabecca
ReplyDelete