adsense 728x90


Recent Post

20 February 2011

Fasha Sandha , Chinta Saloon , Twitter @FashaSandha1 dan 03-41433084



SELEPAS mengukir nama di pentas seni, Fasha Sandha mengembangkan populariti dan usahanya di gelanggang perniagaan salun kecantikan yang mula beroperasi esok di Wangsa Link, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Salun itu diilhamkan daripada impiannya yang ingin bergelar usahawan berjaya.
Selain itu, aktres ini menyelitkan satu ruang buatnya bersama seorang lagi sahabat baiknya yang juga jurusolek terkenal, Muhamad Shahrul Azlan Abdul Rauf (Deq Sha) untuk berkongsi ilmu kecantikan.

Fasha yang terkenal dengan penjagaan imej serta ketrampilan diri, memandang usahanya menganjurkan bengkel kecantikan dan berkongsi rahsia solekan adalah satu alternatif berguna yang boleh dilakukan oleh golongan selebriti, terutama wanita.
Selain mendapat petua solekan, mereka boleh melihat sendiri bagaimana solekan mampu menjadikan seseorang selebriti itu jauh lebih menarik.

“Lama rasanya berdiri sebagai artis, saya percaya inilah masa sesuai buat saya merealisasikan apa yang lama diimpikan. “Justeru apabila impian memiliki premis perniagaan tercapai, tidak salah untuk saya terus menyelitkan sedikit ruang bagi menganjurkan bengkel ini bersama Deq Sha yang lebih enam tahun menyolek saya.

“Kami sepakat berkongsi bengkel ini, yang mana dia akan menerangkan keseluruhan teknik dan ilmu solekan secara terperinci dan saya pula dijadikan model serta bercakap pada sudut pengalaman.
Bengkel kecantikan bersama Fasha Sandha dan Deq Sha itu mendapat sambutan baik pada kelas pertama penganjurannya. Hanya dipromosikan pada ruangan peribadi Twitter miliknya, @FashaSandha1, lebih 100 peminat memberi reaksi positif dalam kurang daripada sehari.

Bersempena pembukaan Chinta Saloon dan fasa pertama penganjuran bengkel kecantikan ini, Fasha menawarkan harga promosi besar-besaran selama sebulan. Mereka yang ingin mencuba boleh menghubungi talian 03-41433084.


Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

3 comments:

  1. saya rasa ikut contoh meniagaan tu elok...

    perangai jangan la okki...

    ape2 pun keep it up fathia action films, dramatic or etc...u are the best...=)

    ReplyDelete
  2. tgk citer hani tak? best kan..

    ReplyDelete
  3. memang tengok cerita "hani" tu dan tak pernah miss setiap episode...best cite tu...thanks...

    comei le...ngeee...http://i.imgur.com/ie7ir.png

    ReplyDelete

Suka tak entri ni? Bagi komen sikit, nanti saya balas.