adsense 728x90


Recent Post

12 March 2011

Shahz Jazle Asmara2 masih solo?



"SEBUTANNYA Shahz Jay-zel," tegasnya untuk mungkin kali terakhir tentang namanya yang ditulis sebagai 'Shahz Jaszle'.


"Jazle itu gabungan nama ayah, Jasmin dan ibu saya, Zaleha. Ia digunakan sebagai nama keluarga," sambung anak kelima daripada tujuh beradik ini.

Pelakon baru ini datang ke sesi fotografi Sensasi Bintang sambil tersenyum. Dia tahu bukan sekadar hal kerjayanya bakal disoal. Lebih kencang, pohon dirinya yang sedang menunjang naik digegarkan angin cinta.
Privasi

"Saya bukanlah individu yang suka menjaja cerita dan memberitahu khalayak tentang kehidupan peribadi saya," ayat tersirat itu sudah menjawab persoalan daripada mana kisah cinta Shahz ditebarkan.
"Saya sudah letih berdepan pelbagai tuduhan kononnya saya berperangai kebudak-budakan dan tidak matang. Saya orang yang penyabar tetapi sabar juga ada hadnya," ujar Shahz tenang.

Umum sudah mengetahui kisah cinta Shahz dengan aktres cantik, Maria Farida, 41. Sayangnya hubungan itu tidak berpanjangan. Ia terhenti sebelum mencapai usia setahun.

"Tempoh lapan bulan membuatkan saya kenal erti sabar. Dia (Maria) mungkin berasa tidak selamat bersama saya. Ya, ada rasa terkilan dengan tuduhan yang dilemparkan kepada saya.

" camtu le citernya, dunai artis ni macam2"


Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

1 comment:

  1. bersabar la atas perkara ini jazle...=)

    Pepatah kata :

    "Beberapa orang menghabiskan sebahagian besar hidup mereka cuba untuk melupakan cinta pertama mereka, tetapi beberapa menghabiskan seumur hidup mengenang cinta terakhir mereka.

    Kerana lelaki tidak ikan mas, mereka tidak
    mudah melupakan masa lalu mereka mencintai, hanya saja kadang-kadang terlalu menyakitkan untuk ingin mengingatnya.

    Namun demikian, cinta abadi selalu layak diperjuangkan."

    i hope u okki your next future jazle...=)

    ReplyDelete

Suka tak entri ni? Bagi komen sikit, nanti saya balas.