Tahniah kepada Rita Rudaini dan suami, setelah selamat melahirkan anak kedua di Pusat Pakar Perubatan Prince Court.

Bayi yang diberi nama Airit Rafqa Arjuna itu lahir kira-kira pukul 2.75 petang (Sori uols! tak tahu pukul berapa sebenornya,, tepek je huhuhu).Menurut Rita, dia dan bayi itu berada dalam keadaan sihat dan bersyukur kerana semuanya selamat.
Syukurlah… Rita dapat melahirkan anak kedua ini tanpa sebarang masalah. Kami berdua juga sihat," katanya.
Selain bayi tersebut, Rita yang juga isteri kepada pemain bola sepak Kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak, itu turut mempunyai seorang lagi anak lelaki bernama Airit Rayyan Rizqin yang kini berusia dua tahun.
Kata Rita, nama Arjuna untuk anak keduanya itu dipilih kerana menganggap bayi berkenaan sebagai wira yang menjadi kekuatan ketika dia berhadapan dengan konflik rumah tangga sewaktu mengandungkannya.
No comments:
Post a Comment
Suka tak entri ni? Bagi komen sikit, nanti saya balas.