adsense 728x90


Recent Post

05 September 2011

Sebab Justin Bieber Terbabit Kemalangan



LOS ANGELES – Bintang pop sensasi, Justin Bieber, terbabit dalam kemalangan ketika memandu kereta Ferrarinya di Los Angeles awal pagi tadi tetapi tiada sesiapa mengalami kecederaan.
 
Jurucakap Jabatan Polis Los Angeles (LAPD), Rosario Herrera, berkata bintang Kanada itu sedang memandu Ferrari berwarna hitam apabila berlanggar dengan sebuah kereta Honda di tempat letak kenderaan bawah tanah.
 
"Justin Bieber memandu Ferrari dan kereta lain adalah Honda … tiada kecederaan dan kerosakan terhadap kedua-dua kereta," katanya, demikian menurut AFP.
 
Justin Bieber yang baru berusia 17 tahun itu adalah penghibur remaja paling kaya di Hollywood dengan pendapatan berjumlah AS$53 juta (RM159 juta) pada tahun lepas.
 
Beliau mengungguli senarai tahunan selebriti terkaya yang dikeluarkan majalah terkenal, People, sekali gus mengatasi bintang siri drama Hannah Montana, Miley Cyrus dan kekasihnya, Selena Gomez.
 
Perolehan penyanyi berkenaan naik mendadak selepas tayangan filem 3D lakonannya, Never Say Never dan hasil jualan minyak wangi, Someday.
Sementara itu, Bieber dikatakan pernah menghabiskan sejumlah AS$25,000 (RM75,000) untuk membeli seutas kalung dan turut mereka cipta barangan kemas bercirikan batu delima 12 karat dan batu permata.


Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Suka tak entri ni? Bagi komen sikit, nanti saya balas.