adsense 728x90


Recent Post

01 January 2012

Che Wan Tutup Akaun Facebook Kerana Dimaki Hamun Dan Dikutuk



 
 
 
Selebriti masakan terkenal, Datuk Redzuawan Ismail, 53, atau lebih popular dengan panggilan Chef Wan menutup akaun Facebook miliknya iaitu Chef Wan Fan Club mulai hari ini kerana ia dijadikan tempat oleh segelintir pihak untuk mencemuhnya.
 
Menurut Chef Wan, dia berbuat demikian kerana sudah tidak tahan lagi dengan maki hamun orang ramai berikutan komennya sebagai juri dalam program Maharaja Lawak Mega (MLM) yang disiarkan Astro.
 
"Tujuan saya mewujudkan fan page Chef Wan Fan Club di laman sosial Facebook kira-kira empat bulan lalu adalah untuk berkongsi pengalaman dan pandangan bersama peminat sehingga ia berjaya mengumpulkan lebih 80,000 peminat.
 
"Namun, apa yang saya lihat ia sudah menjadi punca kepada wujudnya sifat hasad dengki, tikam belakang dan kutuk-mengutuk terutamanya terhadap diri saya. Oleh itu, lebih baik saya tutup terus akaun Facebook tersebut," ujarnya ketika ditemui selepas berakhir saingan program MLM di sini kelmarin.
 
Antara komen yang dilemparkan di akaun Facebook tersebut ialah Jangan bersikap prejudis wahai DCW berhati mulia. Harus terbuka dengan pemikiran yang bijak dan saksama dan Jangan jatuhkan maruah orang lain.. hati busuk!!!.
 
Kami doakan yang terbaik untuk Che Wan.Semoga Success selalu =)


Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Suka tak entri ni? Bagi komen sikit, nanti saya balas.