adsense 728x90


Recent Post

31 January 2012

REMAJA ALAMI PENYAKIT KETUMBUHAN MISTERI PERLUKAN BANTUAN KEWANGAN



 
KUANTAN 30 Jan. – Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Begitulah diibaratkan penderitaan yang ditanggung oleh seorang pemuda, Mohd. Zulhafiz Abdul Ghani, 21, yang mengalami penyakit ketumbuhan misteri sejak enam bulan lalu.
Ketumbuhan misteri seberat kira-kira 20 kilogram itu mula dikesan pada Jun tahun lalu dan ia semakin membesar di bahagian bahu kirinya sehingga menyebabkan dia hanya mampu terlantar kesakitan.
Menurut ibunya, Safiah Lebai Yahya, 58, sebelum itu Mohd. Zulhafiz mengadu bahu kirinya sakit sehingga ke bahagian belakang.
"Saya ingatkan dia tersalah tidur, jadi saya urut menggunakan minyak panas namun lama kelamaan sakitnya itu semakin teruk.
"Saya kemudian membawanya mengurut di rumah seorang pengamal perubatan tradisional tetapi lama kelamaan bahunya menjadi bengkak dan semakin membesar," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Felda Bukit Goh di sini hari ini.
Katanya, dia kemudian membawa anak bongsunya itu ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk mendapat rawatan lanjut.
"Doktor memberitahu dia mengalami penyakit barah tulang dan dirawat selama sebulan di HTAA sebelum dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL)," katanya.
Menurutnya, doktor di HKL telah menjalankan pelbagai rawatan termasuk kemoterapi namun semuanya tidak berkesan.
"Sepanjang tiga bulan menerima rawatan di sana, akhirnya doktor menasihatkan supaya Mohd. Zulhafiz dibawa pulang kerana penyakitnya itu tidak dapat disembuhkan," katanya.
Katanya, dia ada membawa anaknya itu mendapatkan rawatan tradisional selepas keluar daripada HKL namun didapati tidak berkesan.
Menurut Safiah, dia sudah kehabisan ikhtiar apatah lagi dengan kekangan kewangan kerana tidak mendapat sebarang bantuan daripada mana-mana pihak.
"Saya harapkan ada pihak yang datang untuk membantu memulihkan penyakit Mohd. Zulhafiz kerana saya sudah kehabisan ikhtiar," katanya.


Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Suka tak entri ni? Bagi komen sikit, nanti saya balas.