adsense 728x90


Recent Post

12 February 2012

SHARNAAZ AHMAD DAN SHILA AMZAH MENGAKU SEDANG HANGAT BERCINTA



 
"Pada ketika ini saya dan Shila memang sedang bercinta. Dia ada ciri-ciri wanita yang saya mahukan. Shila seorang yang sangat memahami diri saya. Dia juga sentiasa memberi sokongan dalam kehidupan dan kerja saya. Paling penting dia mampu membuat saya berasa tenang dalam apa jua keadaan," luah Sharnaaz Ahmad apabila diminta mengulas tentang status perhubungannya dengan Shila Amzah.
Sementara itu, Shila menafikan dia dan Sharnaaz sengaja menyembunyikan hubungan cintanya daripada pengetahuan peminat dan pihak media. Jelas penyanyi yang popular dengan lagu 'Patah Seribu' itu sebelum ini dia dan Sharnaaz hanya kawan biasa.
"Sebelum ini saya bukan sembunyikan status hubungan kami, tetapi ketika itu memang kami tidak punya hubungan istimewa. Hanya berkawan. Jadi, saya menjawab berdasarkan status hubungan kami ketika itu. Kini, saya mengakumemang kami bercinta. Terpulang kepada peminat untuk penilaian. Kami buat pengakuan ini bukan kerana hendak menunjuk-nunjuk, tetapi mahu berterus-terang. Kami tidak mahu peminat membuat andaian sendiri," ulas Shila pula.
Mengimbas tentang perkenalan mereka, pasangan ini memberitahu mereka pertama kali bertemu pada dua tahun lepas iaitu ketika dipertemukan dalam sesi fotografi yang diadakan oleh sebuah majalah hiburan. Menurut Sharnaaz, ketika itu baik dia mahupun Shila masing-masing tidak menunjukkan sebarang minat untuk berkenalan lebih dekat. Namun, kiriman SMS Shila telah membuka jalan untuk mereka berkawan lebih rapat.
"Sejujurnya, kami tidak saling memikat. Memang ada terjumpa beberapa kali selepas sesi fotografi itu, tetapi tidak berpanjangan sehingga ke tempat lain. Tapi selepas saya hantar satu SMS kepada Sharnaaz selepas menonton lakonannya dalam cerita 'Ungunya Cinta', kami saling berhubungan dan akhirnya menjadi rapat. Memang dah kenal dua tahun, tapi kami baru empat bulan keluar bersama. 'Declare' pun baru-baru ini, sebelum AJL tempoh hari," tambah Shila pula.
Bagaikan menjadi adat, apabila ada artis yang mengaku bercinta, pasti ada yang tertanya sama ada ada perancangan untuk berkahwin atau tidak. Sharnaaz dan Shila tidak terlepas dengan persoalan ini.
Menurut pasangan ini perancangan untuk mendirikan rumah tangga memang ada, tetapi mereka tidak mahu tergesa-gesa. Bagi mereka, perkahwinan adalah satu tanggungjawab yang cukup besar dan mereka mahu mempersiapkan diri untuk menempuh alam itu.
"Saya sudah berumur 27 tahun dan sudah tentu saya ada terfikir untuk berkahwin. Namun, saya tidak mahu tergesa-gesa. Berkahwin ini bukan perkara main-main. Kami masih dalam proses saling mengenali. Saya tidak memberi tekanan kepada diri untuk melangsungkan perkahwinan cepat-cepat. Begitu juga dengan keluarga saya, mereka tidak pernah mendesak untuk saya berkahwin," ujar Sharnaaz.
Bagi Shila pula, dia berpendapat dirinya belum cukup sempurna untuk berkahwin dalam waktu terdekat ini. Jelas anak kepada ND Lala ini, dia dan Sharnaaz masih belajar tentang karektor masing-masing. Jadi, dia mahu memberi masa kepada diri masing-masing untuk mencari keserasian.
"Sama seperti pasangan lain, kami juga ada berbincang tentang perkahwinan dan perancangan untuk melangkah ke alam perkahwinan itu memang ada, tetapi saya tidak mahu meletakkan garis masa kepada hari itu. Biarlah kami betul-betul bersedia. Doa-doakanlah agar perhubungan kami ini berkekalan dan menuju ke arah kebaikan," ujar Shila.


Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Suka tak entri ni? Bagi komen sikit, nanti saya balas.