adsense 728x90


Recent Post

16 February 2012

TIZ ZAQYAH DAN REMY ISHAK PUTUS CINTA HANYA GOSIP MURAH!



 
PETALING JAYA: Pelakon jelita Tiz Zaqyah menyifatkan dakwaan kononnya hubungan cintanya dan aktor Remy Ishak sudah berakhir sebagai gosip semata-mata.
Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, 23, berkata spekulasi berhubung keretakan hubungan mereka sekitar dua minggu yang lalu mula tersebar di laman sosial Twitter dan Internet ekoran salah faham yang timbul di kalangan pengikut pasangan itu.
"Ia hanya khabar angin dan gosip. Hakikatnya, tiada apa yang berlaku antara kami.
"Spekulasi yang mendakwa hubungan kami berakhir baru-baru ini adalah salah faham daripada orang ramai sehingga menyebarkan perkara yang tidak berasas itu," katanya
Tiz ditemui pada majlis pra tonton filem terbarunya Cinta Kura-Kura yang berlangsung di Cathay e@Curve, Mutiara Damansara, di sini, malam Selasa.
Ketika diminta untuk menjelaskan secara terperinci mengenai kesahihan dakwaan tersebut, Tiz bagaimanapun enggan untuk mengulas lebih lanjut.
"Saya tidak mahu komen lebih lanjut kerana dakwaan itu tidak berlaku.
"Apa yang terpampang dalam kemas kini akaun Twitter sebelum ini tiada kaitan dengan hubungan kami," katanya.
Dalam perkembangan lain, pelakon yang melonjak naik menerusi drama bersiri Nur Kasih ini, berkata pengalaman membintangi filem sulung arahan Nizam Zakaria itu mencabar dan menyeronokkan.
Tiz yang bergandingan dengan aktor Aeril Zafrel, Zizan Razak dan Fizz Fairuz dalam filem tersebut, mengakui berhadapan kesukaran untuk berkomunikasi dengan kura-kura sepanjang penggambaran berlangsung.
"Ini adalah pengalaman pertama saya perlu berkomunikasi dengan haiwan iaitu kura-kura di dalam filem.
"Ia adalah proses yang rumit dan mencabar serta menuntut imaginasi yang tinggi bagi membayangkan watak-watak yang tidak wujud di depan mata," katanya.


Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Suka tak entri ni? Bagi komen sikit, nanti saya balas.