adsense 728x90


Recent Post

02 March 2012

Nidji, D’Masiv & Geisha Adakan Persembahan Di Malaysia



 
PETALING JAYA: Tiga kumpulan popular, Nidji, D'Masiv dan Geisha akan berada di Malaysia selama lima hari bagi mempromosikan album baru masing-masing menerusi persembahan jelajah yang diadakan bermula 8 Mac depan.
Penyanyi solo, Astrid turut memeriahkan siri jelajah yang dianjurkan oleh Universal Music Malaysia dan Rumpun Records selaku syarikat rakaman mereka.
Keempat-empat artis ternama ini akan mempromosikan produk terbaru masing-masing berupa album dan single, khususnya Nidji dengan album Liberty, Astrid (Tentang Rasa) serta D'Masiv (Persiapan).
Geisha yang pernah ke negara ini untuk mempromosikan album Meraih Bintangmenampilkan lagu popular mereka Cinta Dan Benci akan terus meraih sokongan rakyat tempatan, berbekalkan single seterusnya Remuk Jantungku.
Dua persembahan berbeza apabila Nidji dijadualkan membuat persembahan pada Hotfm Big Jam di Kuala Terengganu pada 10 Mac depan manakala D'Masiv, Geisha dan Astrid bakal membuat persembahan secara akustik di AEON Jusco AU2, Taman Sri Keramat pada 9 Mac pukul 8.30 malam.
Tiga bintang itu juga akan menyertai Konsert Nusantara 1Malaysia yang akan diadakan di Dataran Datuk Bahaman, Lanchang, Pahang pada 10 Mac 2012, pukul 8.30 malam, disertai kumpulan tempatan seperti 6ixth Sense, GX4 dan Lefthanded.
Pada 11 Mac 2012, bertempat di Redbox Plus, Pavilion Bukit Bintang, dekat sini, acara sesi beramah mesra bersama peminat bertuah diadakan dengan kerjasama penaja, Redbox, dan pemenang bertuah yang memenangi peraduan menerusi Suria FM akan diraikan bersama semua artis terbabit.
Pada sebelah malamnya pula, sebuah persembahan 'Sunday Nite Jam' bersama Nidji dijadualkan berlangsung di The Loft, Jalan Doraisamy, Kuala Lumpur memandangkan peminat di ibu kota tidak berkesempatan melihat sendiri persembahan kumpulan ini dalam acara sebelumnya.
Kumpulan The Malayan turut dicundang bagi mengadakan persembahan pembukaan, dan bakal ditonton kesemua artis yang turut menyertai rangka promosi kali ini.


Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Suka tak entri ni? Bagi komen sikit, nanti saya balas.