adsense 728x90


Recent Post

10 April 2012

‘Jangan Ambil Padang Kami’ Taruhan Terbaru Janji Kelainan Rosyam Nor



 
MELIHAT judulnya, 'Jangan Ambil Padang Kami', pasti memberikan wadah berguna buat penonton. Mengisahkan mengenai perjuangan tujuh sekawan yang mahu mempertahankan sebuah padang di kawasan flat mereka daripada dibangunkan peneroka, drama bersiri 13 episod terbitan, Suhan Movie Trading ternyata menjanjikan kelainan daripada drama lain kerana ianya banyak memaparkan realiti yang berlaku dalam kehidupan seharian.
Pelbagai konflik dan cabaran hidup dilalui tujuh sekawan ini dalam menyelamatkan padang mereka daripada dijadikan kawasan pembangunan.
Dalam usaha mencari jalan penyelesaian, turut diselitkan sedikit kisah kehidupan dan percintaan yang pasti menyentuh hati sesiapa saja yang menonton.
Dibintangi Beto Khusairy, Shera Ayub, Izreen Azminda, Elfi ra Loy dan ramai lagi, drama hebat ini akan mula bersiaran jam 9.00 malam ini, setiap Isnin, di saluran Astro Ria.
Mengulas mengenai idea menghasilkan drama ini, penerbitnya, Rosyam Nor berkata, ianya bermula setelah dia menyedari kepentingan sesebuah padang dalam institusi kawasan perumahan. Jelasnya, Jangan Ambil Padang Kami, sedikit sebanyak memberi gambaran sebenar mengenai kehidupan yang dilalui penduduk fl at
dan setinggan, terutamanya.
"Tanpa kita sedari, padang adalah satu tempat yang penting buat sesebuah kawasan penempatan kerana kewujudannya dapat memberi seribu satu kebaikan
untuk penduduk terutamanya kepada kanak-kanak dan remaja. Dari situlah bagaimana timbulnya idea menghasilkan drama ini," kata Rosyam.
Menurutnya, mesej yang dibawa menerusi drama ini tidak terlalu berat dan jalan cerita yang bersahaja membuatkan drama ini sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat.
"Saya berharap penonton dapat menerima dan mengikuti drama ini sehingga ke episod terakhir kerana ia menjanjikan yang terbaik buat penonton," katanya.


Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Suka tak entri ni? Bagi komen sikit, nanti saya balas.