adsense 728x90


Recent Post

20 May 2012

Sofazr setelah 10 tahun bersama



20 Mei – Mula dikenali dengan lagu "Cintai Aku" yang popular sekitar tahun 2004, Sofazr yang dianggotai oleh 6 pemuda kacak dan berbakat kini kembali dengan buah tangan terbaru mereka yang merupakan filem pertama mereka iaitu "Sofazr The Movie Jiwa Kacau".
Diterajui oleh Zimi atau nama sebenar Zarimi Bin Zahari, berkongsi rahsia mereka dalam mengekalkan momentum bersama selama 10 tahun sebagai satu kumpulan.
 
"Walaupun kami tidak memiliki populariti yang boleh dikatakan begitu hebat, namun kami akan sentiasa tampilkan kelainan dan benda baru untuk diperdengarkan kepada peminat setia kami yang rata-rata masih menyokong perjalanan karier seni kami dari dulu hinggalah sekarang."
Ujar Zimi lagi, mereka bermain muzik untuk mencari rezeki yang halal dan demi minat yang mendalam terhadap muzik. Dia turut menambah bahawa penglibatan mereka dalam industri ini bukan baru, tetapi sejak dari zaman kaset lagi.
 
"Sofazr bukanlah sebuah kumpulan yang hadir seperti cendawan tumbuh seperti kumpulan yang ada sekarang ini. Kami bersama sebagai satu kumpulan ketika kami semua masih tinggal di rumah kos murah. Banyak kenangan yang dijalani bersama, tidak mungkin disebabkan masalah kecil kami akan berpisah."
"Mungkin saya sudah tekankan kepada semua ahli mengenai sejarah kami dan komunikasi antara kumpulan sangat penting, disebabkan itu mereka faham dan kami masih bersama sehingga sekarang."
 
Ditanya mengenai album baru adakah akan kembali dengan sesuatu yang berbeza, Zimi memberitahu mereka kini dalam perancangan untuk merakamkan album baru bersama KRU Studios.
 
"Saya selaku pihak yang bertanggungjawab dalam kumpulan Sofazr ini telahpun berbincang bersama Norman dan juga Edry mengenai perancangan untuk bekerjasama dengan mereka untuk album akan datang. Namun itu semua masih dalam peringkat perbincangan, jikalau jadi, kami akan war-warkan kepada semua."
 
Dalam perkembangan lain, filem terbaru lakonan kumpulan ini yang diarahkan oleh Ismaliza binti Ismail (Isma AF7) bersama Zamatul Amri Bin Zakaria (Tauke Raja Lawak) turut dijayakan oleh Saiful Apek, Yassin Senario, Hamid Gurkha dan juga Jepp dalam kumpulan Sepah, yang akan dijangka menemui penonton tahun ini.


Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Suka tak entri ni? Bagi komen sikit, nanti saya balas.