adsense 728x90


Recent Post

19 July 2012

Filem ‘SAM’ Beri Tekanan Kepada Syafiq Yusof



KUALA LUMPUR: Pengarah muda Syafiq Yusof mengakui berdepan tekanan dan kebimbangan menjelang kemunculan filem sulungnya berjudul Saya Amat Mencintaimu (SAM) yang akan ditayangkan pada 19 Ogos depan.
Syafiq, 19, berkata beban yang digalas kerana lahir daripada keluarga pengarah filem tersohor iaitu Datuk Yusof Haslam dan abangnya Syamsul itu menghasilkan tekanan dalam memastikan mutu filem itu berkualiti tinggi.
"Saya bertanggungjawab untuk menjaga nama dan maruah keluarga yang sememangnya dihormati umum kerana pencapaian mereka dalam bidang pengarahan dan penerbitan filem.
"Ia memberikan tekanan dan kebimbangan kepada saya untuk menghasilkan filem ini dengan sebaik mungkin.
"Sebab itu saya sanggup bersusah payah selama dua bulan untuk menyiapkan proses pasca produksinya agar ia berkualiti dan berbeza pada visual," katanya.
 
Tiga beranak daripada keluarga filem. Dari kiri Syamsul, Yusof Haslam dan Syafiq
 

Syafiq berharap filem 'SAM' akan diterima oleh peminat.
 
Anak bongsu dalam keluarga Yusof ini ditemui pada malam previu filem tersebut di GSC Mid Valley di sini, malam Isnin lalu.
Ditanya mengenai kebimbangannya mengenai filem itu, Syafiq berkata, perasaan itu timbul kerana dia tidak mahu menghampakan harapan bapa dan keluarganya.
"Bapa saya menaruh harapan yang tinggi pada saya. Pujian dan jolokan pengarah termuda kepada saya tidak memberikan sebarang makna jika filem ini tidak diterima penonton.
"Saya bimbang jika SAM tidak digemari kerana genre ngeri dan suspens yang asing bagi penonton kita. Saya risau jika dianggap kambing hitam dalam keluarga jika gagal hasilkan filem yang baik," katanya.
Filem yang mengambil masa 36 hari penggambaran ini dibintangi antaranya Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Syamsul Yusof, Azad Jazmin, Neelofa dan Fimie Don.
Ia bakal ditayangkan bersempena Hari Raya Aidilfitri nanti.


Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Suka tak entri ni? Bagi komen sikit, nanti saya balas.