adsense 728x90


Recent Post

25 July 2012

Johan As’ari Mengaku Luahan Cinta Dalam Twitter Untuk Nabila



Pelakon Johan As'ari atau dikenali dengan nama 'botak' menjelaskan luahan hati yang dibuat dalam Twitter miliknya pada 20 Julai lalu adalah sememangnya ditujukan kepada aktres Nabila Huda.
Johan atau nama sebenarnya Johan Arrif As'ari, 26, berkata, luahan yang mempunyai unsur-unsur cinta dan sayang itu adalah menggambarkan hubungan akrabnya dengan wanita berkenaan buat masa ini.
"Apa yang diluahkan dalam Twitter adalah gambaran perasaan saya terhadap Nabila. Kami saling menyayangi dan menghargai antara satu sama lain.
"Bagaimanapun, status hubungan ini hanyalah teman baik dan enggan menjadikannya secara formal sebagai sepasang kekasih.
"Ya, kami semakin akrab dan intim serta mengharapkan doa yang baik buat hubungan ini. Apabila sampai di tahap seterusnya, saya tidak akan segan untuk memberitahu kepada umum," katanya.
 
 
 
Antara luarahan perasan Johan terhadap nabila di Twitter.
 
Tambah Johan, dia meletakkan ungkapan cinta itu sebagai satu perasaan yang besar untuk dilalui bagi sesebuah pasangan dan lebih suka sekiranya perasaan cinta antaranya dan Nabila mula terbit apabila kedua-dua mereka berkahwin.
"Berdasarkan pengalaman yang lepas, kami tidak mahu lagi melabel perhubungan ini sebagai pasangan bercinta kerana belum tentu kekasih yang dicintai itu adalah jodoh kita kelak.
"Pada saya, cinta itu satu perasaan yang maha agung di mana ia akan muncul selepas akad nikah.
"Apa-apa pun, siapa yang menjadi suami Nabila, dia adalah orang yang paling beruntung," tuturnya yang meletakkan sasaran untuk berkahwin sebelum usia 28 tahun.
Dalam pada itu, walaupun ramai yang mempersoalkan keberaniannya meletakkan entri tersebut, Johan tidak pernah menyesal dengan tindakannya itu kerana ia adalah salah satu tanda penghargaan kepada Nabila yang sentiasa menjadi tulang belakangnya.
Sementara itu, Johan akan muncul dengan drama Shahadah Cinta menerusi saluran TV Al-Hijrah dan Oh Haram Tu (TV3) pada September depan.


Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Suka tak entri ni? Bagi komen sikit, nanti saya balas.