adsense 728x90


Recent Post

03 October 2012

Ramalan sifu M. Nasir



Kesuraman industri hiburan tempatan sejak beberapa tahun lalu tidak dianggap ancaman oleh penyanyi dan komposer bergelar sifu, Datuk M Nasir.
Melihat graf industri muzik sekarang berada pada fasa paling senyap, M Nasir menjangka ledakan akan berlaku suatu masa kelak. Namun, ketika ditanya bila, seniman kelahiran Kota Singa itu tidak ada jawapannya.

"Bezanya muzik pada zaman ini tidak meninggalkan kesan besar kepada penonton. Kalau orang tanya ini era apa, sukar untuk kita jawab kerana kita tidak ada lagu yang betul-betul kuat" M Nasir, Penyanyi/Komposer
Sebaliknya, kata M Nasir, ramalan itu datang dari gerak hatinya. Dia yakin sesuatu yang besar akan berlaku seterusnya menyemarakkan industri muzik di Malaysia.

"Kehidupan kita umpama roda yang tidak akan kekal pada kedudukannya. Apabila putarannya sudah lengkap, ia akan kembali ke asal. Dalam keadaan industri yang kurang bermaya, saya lihat akan ada ledakan yang positif," katanya.

M Nasir berkata, ledakan dirasakan berlaku selepas industri menjadi senyap akibat penjualan album dan lagu yang merosot.

Penyanyi perlu bersedia
"Setiap penyanyi perlu bersedia dengan aliran baru. Tetapi tidak perlu terlalu bimbang industri muzik akan mati kerana manusia memerlukan muzik.

"Bezanya muzik pada zaman ini tidak meninggalkan kesan besar kepada penonton. Kalau orang tanya ini era apa, sukar untuk kita jawab kerana kita tidak ada lagu yang betul-betul kuat.

"Melainkan orang itu pengikut setia dunia muzik. Tidak seperti zaman 1960-an hingga 1990-an, zaman itu kita tahu apa aliran muziknya. Ada pop yeh yeh, dangdut, dan rock kapak," katanya yang berpendapat kemodenan teknologi mempengaruhi selera muzik pendengar.

Kemajuan teknologi kata M Nasir menyebabkan apresiasi peminat terhadap muzik mula berubah. Dia mula perasan industri muzik semakin perlahan apabila muncul klip video.

Penghasilan klip video katanya menyebabkan pendengar tidak menghargai keindahan lagu sebaliknya mereka lebih tegar memuja visual.

Harap karya Najwa berkembang

M Nasir juga melihat trend turut memberi kesan pada industri muzik. Contohnya, sensasi penyanyi wanita bermain gitar dan bertudung seperti Najwa Latiff dan Yuna yang dilihat sebagai aliran bermusim.

"Jika penyanyi mengikut trend pada ketika itu, peminat mudah untuk terima seseorang penyanyi. Tetapi tidak semua orang yang cuba mencipta nama di Youtube menjadi. Najwa antara yang berjaya, tetapi bukan mudah untuk melahirkan seorang lagi penyanyi seperti dia.

"Dia mungkin popular kerana takdir, entah siapa yang menonton di Youtube membuatkan dia tiba-tiba popular. Apatah lagi lagu dia berunsur 'catchy' jadi orang mudah layan lagu dia.

"Cuma saya berharap muzik dia akan berkembang, saya tidak anggap karya dia tidak bagus. Bagi saya yang penting adalah kejujurannya," katanya.

Sebagai orang lama, M Nasir melihat muzik pada sesuatu era boleh dilihat berpandukan kepada stesen radio. Katanya, radio yang akan menentukan populariti sesebuah lagu.

Namun, dia melihat pola pendengar setia radio adalah orang muda. Peringkat umur itu katanya adalah golongan yang belum tahu menghargai muzik. Berikutan itu, muzik 'catchy' menjadi buruan anak muda.


Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Suka tak entri ni? Bagi komen sikit, nanti saya balas.