adsense 728x90


Recent Post

10 December 2012

Arrora Salwa kaki bomoh?



NAMANYA mula diikuti peminat selepas single pertamanya berjudul Ahmad mendapat tempat di hati peminat. Bagaimanapun selepas beberapa ketika perhatian terhadap penyanyi ini mulai sepi, tanpa khabar berita.
 
Terbaru nama Arrora Salwa sekali lagi menjadi carian utama di laman sembang gossip. Ini gara-gara dakwaan secara terang-terangan bekas teman lelakinya yang memburuk-burukkan Arrora. Arrora juga dengan secara terbuka dikatakan seorang yang kuat mengamalkan ilmu hitam.
 KENYATAAN-kenyataan 'mencabar' bekas teman lelaki Arrora di laman sosial jadi buah mulut banyak pihak.
Cuba melihat kembali kenyataan yang dikeluarkan Alloi yang juga bekas ahli kumpulan Max:247 melalui laman sesawang. Ada kata-katanya turut diselangi dengan sumpah bahawa kenyataannya benar belaka.
Selain mengatakan Arrora seorang kaki bomoh, Alloi turut mencabarnya dengan mengatakan wanita itu sebagai punca utama keluarganya terkena ilmu hitam.
 
Tidak cukup dengan itu Alloi turut meminta Arrora meneruskan saman keatas dirinya jika anggap dimalukan.Kami lampirkan beberapa keratan kenyataan Alloi di laman sesawangnya.
Apa sebenarnya ni? Kenapa seorang lelaki dengan tega sekali menulis sebegitu 'buruk' terhadap wanita yang pernah singgah di hatinya?
 
Apa yang telah dilakukan oleh Arrora sebenarnya?
Apa sebenarnya ni?
Hmmm, entahlah. Saya pasti dia menyimpan dendam. Semuanya sebab putus cinta, saya tinggalkan dia begitu sahaja.
 
Oho, kes putus cinta tanpa rela lah ni?
Saya rasa. Mungkin tindakan saya itu nampak kejam. Tetapi ada sebab tertentu mengapa saya meninggalkan dia setelah setahun berkenalan.
 
Apa masalah besar sampai jadi musuh sebegitu?
Sebagai wanita saya selalu impikan seorang lelaki yang bertanggungjawab dan mampu melindungi saya, tetapi...entahlah. Mungkin dia bukan lelaki yang sesuai untuk saya. Bukan sahaja dia tidak bertanggungjawab, tetapi juga dia banyak menggunakan saya.
 
Maksudnya?
Terlalu banyak yang dia harapkan saya. Saya fikirkan bila sampai ke tahap sudah terlalu melampau, saya tidak sanggup lagi untuk meneruskan hubungan ini. Saya tinggalkan dia.
 
Selain itu?
Banyaklah. Tapi antara yang buat saya geram apabila suatu ketika dia juga pernah memaksa saya untuk mengikutnya ke Thailand.
 
Ke Thailand? Bercuti ke?
Bukan bercuti, tapi untuk bernikah. Kononnya sebab tidak mampu untuk mengaturkan perkahwinan seperti biasa, jadi dia ajak saya bernikah di Thailand. Tapi saya tak hendak. Sebab tu dia marah kot.
 
Bila sebenarnya Arrora dan Alloi berpisah?
Sudah dua bulan. Pada suatu ketika dia ada meninggalkan satu pesanan melalui telefon saya yang mengatakan ketika itu dia dengan teman wanita barunya. Saya sangat marah ketika itu dan meluahkan perasaan dalam laman sosial. Apabila dia mengetahui tindakan saya itu, dia mengatakan saya cuba menabur fitnah mengenai dirinya. Walhal saya mempunyai bukti kukuh melalui SMS yang dia sendiri hantar.
 
Betul ke awak seorang pengamal ilmu hitam? Dia juga dakwa, awak ajak dia sekali pergi jumpa bomoh? Betul ke?
Apa yang cuba dia lakukan saya juga hairan. Jika benar saya melakukan perkara tersebut, popular sangat ke lagu saya tu? Ia merupakan satu pembohongan. Saya fikir dia hanya mahu menjatuhkan saya melalui tindakan tidak rasional.
 
Arrora juga kononnya amalkan hubungan dengan kaum sejenis... Tak melampau ke tanggapan itu?
Memang saya ada seorang kawan baik wanita. Mungkin hubungan kami terlalu baik sehingga di katakan kami berdua ada hubungan istimewa. Tak macam tu pun sebenarnya.
 
Setelah memalukan awak secara terang-terangan, mungkin Arrora akan mengambil tindakan undang-undang keatas dirinya?.
Buat apa saya nak melayan perangai budak-budak seperti itu?
 
Orang kata berani kerana benar, bukan?
Memanglah. Tetapi saya sudah tahu dia juga tidak akan mampu untuk membayar peguam, tak ada duit pun. Jadi buat apa saya layan? Saya fikir perlu untuk lupakan sahaja perkara ini, malas hendak layan.
Hubungan Arrora dengan keluarga Alloi sekarang?
Jujur saya katakan hubungan kami pada suatu ketika sangat baik. Namun selepas kejadian ini saya tidak fikir saya mahu meneruskan apa-apa hubungan dengan keluarga Alloi lagi. Dengan dia pun, takkan lagi.
 
Ada rasa serik tak untuk bercinta lagi?
Saya tidak pernah penat untuk mencari cinta baru. Bagaimanapun pengalaman kali ini banyak mengajar saya untuk tidak terlalu memanjakan orang dengan wang ringgit. Saya akui itu kesilapan utama saya.
 
Apa perancangan masa depan Arrora selepas ini?
Saya akan menubuhkan syarikat sendiri bagi menguruskan kerjaya. Buat masa ini saya tidak dapat kongsi apa-apa lagi, sampai masanya saya memberitahu semua. Sebenarnya saya sudahpun bergerak solo tanpa syarikat rakaman sekarang ni selepas keluar lebih awal dari Sony Music.


Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Suka tak entri ni? Bagi komen sikit, nanti saya balas.