adsense 728x90


Recent Post

05 January 2013

Ashraf buka maahad tahfiz



Dalam kesibukan Ashraf Muslim meneruskan bakatnya dalam bidang lakonan dan menguruskan produksi sendiri, fokusnya tetap diberikan kepada ilmu perubatan yang menggunakan ayat suci alQuran di Pusat Rawatan Islam AlHidayah yang kini beroperasi di Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Namun dalam diam, Ashraf dan bapa mentuanya, Lokman Abdul Hamid mempunyai impian besar untuk menubuhkan sebuah yayasan sebagai penggerak kepada kerja amal yang dijalankan seperti pusat rawatan alternatif dan terbaru, dia bersama bapa mentuanya menubuhkan Maahad Tahfiz alQuran AlHidayah (MATAH) yang memulakan operasinya tahun ini di Janda Baik, Bentong, Pahang.
"Pada awalnya, kami merancang untuk menubuhkan rumah anak yatim kerana mempunyai masalah kewangan untuk menubuhkan sebuah yayasan sebagai badan bukan kerajaan (NGO). Namun selepas memperoleh kelulusan dan sumber kewangan kukuh, kami meneruskan perancangan untuk menubuhkan sebuah maahad tahfiz alQuran.

 
Ia mendapat sambutan menggalakkan yang mana pendaftaran sudah melebihi 1,000 pelajar. Pihak kami terpaksa membuat tapisan pelajar," Ashraf Muslim

Tanah ihsan pesakit

"MATAH akan beroperasi di tapak sementara di Lembah SumSum sebelum tapak sebenar seluas empat ekar yang akan dibina di Kampung Cheringin, Janda Baik, Bentong, Pahang, yang mana tanah itu diwakafkan oleh bekas pesakit yang pernah mendapat rawatan daripada kami dan dua ekar lagi dibeli menerusi wang disumbangkan pesakit yang membuat rawatan di Pusat Rawatan AlHidayah. Projek ini dijangka siap menjelang 2014.

"Untuk permulaan, pengambilan pelajar tahfiz adalah seramai antara 40 hingga 50 pelajar setiap kali sesi pengambilan yang membabitkan pelajar tingkatan satu. Setakat ini, ia mendapat sambutan menggalakkan yang mana pendaftaran sudah melebihi 1,000 pelajar. Ini menyebabkan pihak kami terpaksa membuat tapisan pelajar. Sasaran kami, apabila tapak di Kampung Cheringin siap kelak, ia mampu untuk menampung seramai 300 pelajar sekali gus.

"Selain itu, kami juga menitik beratkan kemudahan yang akan diberikan kepada semua pelajar di sini supaya mereka mendapat kemudahan kelas pertama kerana mereka ini adalah insan yang dipilih Tuhan untuk meneruskan pengajian alQuran," katanya.
Tambah Ashraf lagi, sebagai permulaan, Yayasan AlHidayah menjalinkan kerjasama dengan Yayasan AsSofa untuk menyediakan tenaga pengajar dan juga silibus pengajian.

"Kami tidak mempunyai asas dalam bidang pendidikan untuk membangunkan maahad tahfiz, tetapi dipermudahkan dengan kerjasama yang diberikan Yayasan AsSofa untuk peringkat awal yang akan menyediakan tenaga pengajar dan silibus pembelajaran tahfiz. Lagipun kerjasama ini untuk memastikan pelajar bakal diterapkan konsep pengajian pondok moden, iaitu apabila tamat pengajian tahfiz nanti, mereka boleh memilih untuk memasuki pengajian peringkat profesional ataupun meneruskan dalam hafazan alQuran termasuk di Kolej Islam As Sofa," katanya ketika ditemui selepas majlis peletakan batu asas maahad berkenaan di Janda Baik. Ia disempurnakan Ulama Mesir, Dr. Sayyid Nafi' al 'Arabi al Sanusi.

Aktif sebagai produser

Pada masa sama, Ashraf juga giat mengembangkan sayapnya sebagai produser menerusi syarikat AlHidayah Production Sdn Bhd. Projek pertamanya ialah telefilem Aku Bukan Haji yang disiarkan sempena Aidiladha lalu menerusi TV AlHijrah yang menyaksikan Ashraf turut berlakon sebagai watak utama.

"Memang selepas tayangan telefilem terbabit ada beberapa tawaran berlakon lain yang diterima, tapi tawaran itu terpaksa saya ketepikan dulu kerana fokus saya ialah kepada amalan perubatan Islam dan juga untuk syarikat produksi sendiri. Sekiranya saya berlakon mungkin hanya di bawah produksi sendiri.

"Saya bukan memilih, sebaliknya biarlah kena dengan imej dan status saya sekarang. Lagipun berlakon di bawah produksi sendiri mudah untuk saya berkarya dan membuat garis panduan kepada pelakon dan kru sepanjang penggambaran dilakukan. Fokus penerbitan AlHidayah Production untuk menerbitkan drama dan telefilem yang menjurus kepada unsur Islam dan terbaru kami akan tampil dengan telefilem Surat Untuk Dia. Selain itu, di bawah produksi ini juga menyediakan perkhidmatan untuk pengurusan acara dan seminar.

"Melalui drama dan juga telefilem, ia juga adalah bentuk dakwah yang boleh disampaikan kepada penonton kerana zaman kini pelbagai medium teknologi boleh digunakan untuk menyampaikan dakwah Islam," katanya yang turut merancang merancang membangunkan Hospital AlHidayah suatu hari nanti sebagai usaha menggabungkan perubatan moden dengan kaedah perubatan alternatif menggunakan ayat suci alQuran.


Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Suka tak entri ni? Bagi komen sikit, nanti saya balas.