adsense 728x90


Recent Post

21 February 2013

Lagu Sudirman 'Chow Kit Road' ke pentas baru



Sebut sahaja Chow Kit, perkara pertama yang terlintas dalam minda seseorang ialah Lorong Haji Taib yang kotor dan menakutkan, rumah-rumah tumpangan yang sebenarnya sarang pelacuran, kutu rayau, pondan dan penagih dadah.

Namun, daerah kecil ini juga menjadi tumpuan ramai yang mahu membeli barangan daripada penjaja tepi jalan dan pekedai pada harga yang sukar ditandingi di mana jua tempat lain.

Sejak beberapa tahun yang lepas, kawasan ini yang mengelilingi Jalan Chow Kit dan dikelilingi jalan-jalan utama seperti Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut, telah banyak menyaksikan pembangunan semula hingga mampu mengetepikan imej kurang menyenangkan itu.

Semasa kebanyakan orang mempunyai pandangan serong akan tempat ini, penyanyi popular Malaysia pada 1970-an dan 1980-an Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad mengabadikan nama Chow Kit dalam lagunya.

Lirik lagu Sudirman itu juga menonjolkan Chow Kit sebagai tempat yang sibuk dikunjungi oleh golongan remaja dan tua dari segenap lapisan masyarakat untuk membeli dan berjual diiringi suasana kemeriahan di sana sini dengan hampir semua barang boleh diperoleh di sini.

Warisan peninggalan Sudirman

Sudirman, anak kelahiran Pahang pernah dinobatkan sebagai penghibur nombor satu Asia, mampu memukau hati peminatnya dengan dendangan lagu yang dekat dengan sanubari masyarakat.    Tidak hairanlah kalau banyak daripada lagu-lagunya seperti '31 Ogos', 'Balik Kampung', 'Ayah dan Ibu', 'Apa Khabar Orang Kampung' dan 'Chow Kit Road' kekal sebagai lagu sepanjang zaman.

Bagaimanapun, lagu 'Chow Kit Road' membawa maksud tersendiri. Hampir tiga dekad yang lepas semasa wabak AIDs menjadi kebimbangan ramai telah menyebabkan kawasan sarang maksiat ini turut digeruni. Dan lagu dendangan Sudirman bukan sahaja menunjukkan satu lagi wadah bagi Chow Kit malah membawa harapan kepada mereka yang disisihkan oleh masyarakat - pekerja seks, pondan, penagih dadah dan kutu rayau.

Dalam membawa harapan itu, Sudirman menggunakan pendekatan yang sudah sebati dalam jiwanya - satu sejarah konsert jalanan di Chow Kit pada 15 April, 1986, di hadiri 100,000 peminat berbilang kaum dan lapisan masyarakat.

Meneruskan warisan Sudirman

Hampir 20 tahun Sudirman meninggal dunia namun warisan beliau tetap berterusan. Sekali lagi Chow Kit akan dikenangi semula dan kali ini secara pementasan muzikal dengan tema 'Chow Kit Road! Chow Kit Road!' iaitu lirik pembukaan lagu asal Sudirman. Muzikal ini akan dipentaskan di Istana Budaya dari 10-26 Mei. Ditulis oleh Amry Muhayat dan Saw Teong Hin, pementasan 90-minit ini menyampaikan jalan cerita berdasarkan pada senario di Chow Kit pada hari ini.

Diterbitkan oleh Masakini Theatre Company dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Budaya, barisan pelakon termasuk Anding sebagai Ilham, Adibah Noor (Datin Jamilah), Tony Eusoff (Tokoo), Shantini Venugopal (Dimple), Junji Delfino (Jelita) dan Nadia Aqila (Maya).

Para penonton juga boleh menjangkakan 20 daripada lagu Sudirman arahan maestro Jamie Wilson dari AkashA dan dijayakan dengan tarian-tarian bertenaga yang direka tari secara khusus. Lagu-lagu ini termasuk Pesta Dunia, Basikal Tua, Milik Siapakah Gadis Ini, dan Langit Petang.

Tema 'Rumahku, Syurgaku'

"Ramai yang sehinggakan tidak sanggup menoleh ke arah orang di situ ketika melalui Chow Kit," kata Saw Teong Hin akan stigma sosial yang dialami oleh mereka di Chow Kit. Chow Kit mewakili segala-galanya, membuka pintu kepada sesiapa sahaja. Ia mungkin kelihatan ganjil kepada kita tetapi ia adalah dunia tersendiri bagi mereka yang lain," tambah beliau.

Teong menambahkata muzikal itu akan turut menyampaikan mesej-mesej penting akan perpaduan sosial dan amalan hidup bersama. Ini dapat dilihat daripada senarai watak serta barisan pelakon dan penyanyi yang terbabit.

"Lagu-lagu Sudirman mencetuskan emosi. Ia menyentuh apa yang penting bagi orang ramai. Itulah siapa kita sebenarnya," kata Teong yang juga pengarah sebuah filem berasaskan kepada lagu Sudirman, 'Hoore! Hoore!'

Muzikal

Muzikal ini berkisar kepada watak Ilham (Anding), seorang anak muda yang hidup di Chow Kit yang membidas sekumpulan anggota kelab yang datang untuk membantu. Ketua kumpulan itu yang terkejut, Datin Jamilah (Adibah Noor) kemudian menyahut cabaran untuk mengubah pemuda ini kepada pemuda yang bersikap baik.

Bagaimanapun, beliau mengenakan satu syarat iaitu anggota kelab perlu bersetuju untuk menderma bagi projek dewan masyarakatnya jika beliau berjaya mengubah sikap budak itu. Selepas berubah, Ilham pula menyedari bahawa beliau hanya diperalatkan dan dengan itu sekali lagi menentang kumpulan berkenaan.

Bagaimanapun, kali ini ia lebih rumit kerana beliau jatuh cinta dengan anak Jamilah, Maya. Saksikanlah watak-watak menarik seperti Tookoo iaitu penagih dadah, Dimple (pondan) dan Jelita (pelacur tua) dan peniaga yang menjadi nadi Chow Kit Road.

Gembira untuk berlakon 

Bagi Anding, ia bagaikan satu pengalaman mimpi kerana berpeluang beraksi dalam satu lagi teater muzikal. Yang lebih menarik, watak itu bertentangan dengan personaliti sebenar beliau.

"Saya gembira kerana berpeluang berganding dengan Adibah Noor dan saya telah lama menunggu peluang untuk bekerja dengan pengarah ini. Ia pasti menyeronokkan," kata Tony Eusoff.

Bagi Shantini Venugopal, sebagai wanita, melakonkan watak pondan pastinya menarik. "Saya akan beraksi dengan legenda-legenda teater!," laung Adibah Noor dengan penuh gembira.

Pementasan 16 hari ini akan berlangsung di Istana Budaya. Harga tiket ditetapkan pada RM170, RM100 dan RM50 dibuka untuk jualan sejak akhir Januari. Bagi maklumat lanjut, sila log www.masakinitheatre.com.my.


Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Suka tak entri ni? Bagi komen sikit, nanti saya balas.