adsense 728x90


Recent Post

11 April 2013

Abang Fizz dalam ketakutan?



BUKAN satu, bukan dua tetapi empat! Itu merupakan jumlah pengawal peribadi yang dilihat sentiasa berada bersama Fizz Fairuz dalam satu majlis anugerah baru-baru ini. Pendek kata, memang boleh terkejut, membutang biji mata apabila melihat sekumpulan lelaki gagah yang berada di samping pelakon lelaki penuh kontroversi ini. Apa sudah jadi ni? Betulkah keselamatannya kini terancam sehingga memerlukan pengawal peribadi seramai itu?

Menjawab dengan tenang Fizz menjelaskan, dia hanya menggunakan khidmat pengawal peribadi ketika berada di majlis-majlis besar sahaja.
"Guna khidmat bodyguard bukan sebab soal keselamatan terancam atau apa. Ini kawan-kawan saya juga. Mereka bukan akan mengikut saya sepanjang masa, cuma ke majlis-majlis tertentu," katanya ketawa melebar.
Menurut Fizz khidmat pengawal peribadi ini lebih kepada mengawal keadaan semasa yang memantau situasi.

"Dalam keadaan ramai orang kita tidak tahu, apa-apa pun berlaku. Contohnya kalau ada yang cuba menarik pakaian kita, mereka akan membantu saya," katanya.
Fizz sebelum ini mencetus kontroversi hebat apabila dikatakan telah bertunang dengan seorang wanita yang didakwa masih berstatus isteri orang. Pertunangan yang berlangsung dalam keadaan tertutup itu kemudiannya diketahui media dan bertambah kalut apabila seorang lelaki muncul mendakwa Fizz telah bertunang dengan isteri mudanya.

"Selepas insiden itu, saya tidak lagi menghubungi wanita berkenaan, sampai sekarang. Saya cuma mahu meneruskan kerjaya, tanpa fikir kontroversi itu lagi," kata Fizz.
Masih berlakon seperti biasa menurut Fizz walaupun kebelakangan ini dia sering di hurung kontroversi namun rezekinya di dalam bidang lakonan masih "bernyawa".
"Alhamdulillah rezeki masih lagi sama, saya juga masih sibuk dengan lakonan. Dan apa yang saya lihat kontroversi itu sedikitpun tidak menjejaskan tawaran lakonan saya,"katanya.
Jika bekas kekasihnya Almy Nadia sebelum ini dengan lantang tidak mahu dikaitkan dengan Fizz lagi, bagi Fizz dia sentiasa mengharapkan doa terbaik daripada peminat untuk hubungan ini .
"Buat masa sekarang kami memberi ruang buat diri masing-masing. Sama ada saya akan berbaik atau tidak, saya hanya minta doa yang terbaik dari peminat buat kami berdua," katanya


Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Suka tak entri ni? Bagi komen sikit, nanti saya balas.