adsense 728x90


Recent Post

17 April 2013

Adira nafi luahan kecewa Aliff Aziz ditujukan kepadanya... bagus le



KUALA LUMPUR 17 April. - Penyanyi kelahiran Sabah, Siti Adira Suhaimi atau Adira menafikan pernah menolak cinta Aliff Aziz.
Lebih selesa untuk tidak membicarakan soal cinta buat masa ini, Adira juga menafikan, dia adalah wanita yang dimaksudkan dalam beberapa luahan perasaan kecewa Aliff di laman sosial Twitternya sejak akhir-akhir ini.
"Usah berprasangka negatif, mungkin dia (Aliff) tujukan benda itu kepada orang lain, bukan saya," kata Adira kepada Utusan Online.
Semenjak awal April lalu, status laman sosial Aliff Aziz dilihat menjurus kepada luahan rasa kecewa.
Antaranya menyebut nama seorang wanita yang hanya ditulis sebagai a***a sahaja sebagai insan yang membuatkan dirinya berada dalam keadaan sedih.

Ini membuatkan timbul spekulasi mengaitkan Adira sebagai orang yang ditujukan mesej kecewa berkenaan memandangkan dua artis ini pernah dilihat rapat dan mesra, selain Aliff pernah menghadiahkan sebentuk cincin untuk dipakai di jari manis Adira.
Bagaimanapun menurut Adira lagi, sekiranya perkara itu ditujukan kepada dirinya, maka dia akan menerima dengan sebaik mungkin.
"Kalau memang benar saya adalah insan yang dimaksudkan Aliff, saya perlu menerimanya. Tetapi saya ingin katakan di sini, saya tidak akan memusuhi serta bergaduh dengan Aliff atas segala yang berlaku ini.
"Dan selepas ini, saya harap orang tidak terus mengaitkan kami lagi. Cukuplah sampai sini sahaja kerana kami sama-sama serius dalam kerjaya masing-masing," jelasnya.
Adira dan Aliff dikatakan mula rapat beberapa bulan lalu, selepas penyanyi lelaki itu kecewa dengan berita pernikahan bekas kekasihnya, pelakon Ann Ngasri


Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Suka tak entri ni? Bagi komen sikit, nanti saya balas.