adsense 728x90


Recent Post

16 April 2013

Anzalna dan Neelofa sudah berbaik



Tiada lagi dendam bertamu di hati dua pelakon wanita, Anzalna Nasir dan Neelofa. Kabut menyelubungi hubungan mereka sejak menyertai pertandingan Dewi Remaja sudah pun berlalu.

Malah, kedua-duanya cukup mesra ketika tampil sebagai penyampai trofi pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012.
Bak kata Anzalna ketika ditemui pada majlis anjuran Habib baru-baru ini, andai diminta digandingkan bersama-sama dalam sebuah produksi pun, dia tidak keberatan. Namun, buat masa ini belum ada mana-mana produksi berminat menemukan mereka berdua dalam drama ataupun filem.

Saya lihat, ramai artis yang sudah berkahwin, tetapi masih lagi laris. Lagi pun, saya berasa selamat setelah bergelar isteri nanti. Saya tidak perlu lagi bimbang dihimpit mana-mana lelaki ” Anzalna

Ujar gadis kecil molek ini, dia tiada masalah berlakon di samping Neelofa kerana yakin peminat bukan ingin melihat mereka semata-mata, sebaliknya bakat yang dimiliki.

“Saya percaya penonton bukan hendak melihat siapa pelakonnya, yang penting jalan cerita dan karakter yang kami bawakan.

“Selama hampir dua tahun dalam bidang ini pula, saya belum boleh menarik nafas lega kerana masih banyak yang perlu diperbaiki. Cuma, saya amat bersyukur apabila rezeki dalam bidang lakonan semakin mencurah-curah.

“Alhamdulillah, jadual lakonan saya juga padat sehingga hujung tahun ini, sampai tiada masa untuk berehat. Saya hanya sempat bercuti seminggu sebelum kembali menyambung penggambaran,” kata pelakon kelahiran Tasik Gelugor, Pulau Pinang ini.
Nekad kahwin

Biarpun nama Anzalna kian meniti puncak, wanita berusia 25 tahun ini nampaknya nekad untuk menamatkan status solonya dengan jejaka pilihan, Hanif Zaki.
Walaupun sudah muak untuk berbicara mengenai hasrat melangkah ke alam rumah tangga, anak kedua daripada lima beradik ini menafikan dirinya terburu-buru membuat keputusan itu.

Ketika ditanya, adakah teman lelakinya mendesak mahu mereka segera disatukan, mungkin bimbang gadis idaman terlepas ke tangan orang lain, Anzalna terdiam seketika. Wajahnya berkerut, seolah-olah mengiyakan pertanyaan itu. Dia bingkas menghuraikan hujah.

“Kami sudah bercinta dua tahun dan saling mengenali sejak usia 15 tahun, jadi kami sepakat mahu disatukan segera. Begitupun, setakat ini kami belum memilih tarikhnya. Sepatutnya keluarga teman lelaki datang merisik tahun lalu, tetapi rancangan itu tidak menjadi,” katanya.

Elak terjebak skandal

Menurut pelakon ini, dia tidak bimbang perkahwinan akan menjejaskan populariti mahupun rezeki kerana percaya kepada takdir.

“Saya lihat, ramai artis yang sudah berkahwin, tetapi masih lagi laris. Lagi pun, saya berasa selamat setelah bergelar isteri nanti. Saya tidak perlu lagi bimbang dihimpit mana-mana lelaki.

“Memang saya tidak nafikan, sejak bergelar artis, ada yang cuba mendekati, tetapi saya sedaya upaya mengelak. Walaupun cuma untuk keluar makan tengah hari atau makan malam, saya akan tolak. Bagi saya, jika kita melayan, ia akan menjadi titik permulaan untuk terjebak dengan skandal,” katanya.

Tegas Anzalna, dia harus berbuat demikian kerana enggan hubungan dengan teman lelakinya terjejas. Sebab itu juga katanya, dia kurang gemar bersosial. Jika ada waktu terluang, Anzalna lebih gemar menghabiskan masa bersama keluarga dan teman rapat.


Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Suka tak entri ni? Bagi komen sikit, nanti saya balas.