adsense 728x90


Recent Post

14 April 2013

Bintang Mencari Bintang: Kelawak taruhan Raja Azura



KUALA LUMPUR 14 April - Penyampai Radio Sinar FM dan pelakon, Raja Azura mempertaruhkan gandingan bekas pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) menerusi kumpulan Kelawak dalam konsert kedua Kumpulan A, Bintang Mencari Bintang (BMB) malam ini.
Menurut Raja Azura, pada minggu pertama konsert kumpulan A, Kelawak dilihat masih gugup apabila membuat persembahan di hadapan juri profesional yang dibarisi Ogy Ahmad Daud, A.R Badul dan Ajai.
Bagaimanapun katanya, dengan latihan secukupnya pada minggu ini, Kelawak pasti dapat menyeimbangkan lawak agar komedi yang ditampilkan tidak merapu.

"Saya sentiasa memastikan mereka dapat menghayati watak yang akan dibawa. Apa yang saya lakukan ialah menyuruh mereka melakukan kerja-kerja seperti mengelap lantai, membentang tikar dan sebagainya.
"Itu bukan bermaksud saya membuli tetapi cara saya untuk melatih mereka mengetahui setiap perwatakan. Mana tahu, mereka akan membawa watak seorang tukang cuci. Mungkin latihan seperti itu dapat membantu," katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam konsert minggu pertama kumpulan A telah menyaksikan Kelawak yang dianggotai Atiq dari Sarawak dan Lim dari Kelantan menduduki tempat kelima dengan 40 markah di belakang Achey (Harun Salim Bachik), Tapaw (Faizal Ismail), Tocai (Senario) dan Big Too (Sabri Yunus), manakala kumpulan Bowl (Afdlin Shauki) di tempat terakhir.
Konsert mingguan program realiti pencarian bakat dalam sketsa komedi dan nyanyian ini disiarkan secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam pada setiap hari Ahad pukul 9 malam


Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Suka tak entri ni? Bagi komen sikit, nanti saya balas.