adsense 728x90


Recent Post

19 April 2013

Dayang Nurfaizah terima pingat kebesaran Sarawak



PETALING JAYA 18 April - Penyanyi R&B negara, Dayang Nurfaizah bakal menerima Ahli Bintang Sarawak oleh kerajaan negeri.Penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak itu berkata, sepatutnya dia menerima anugerah itu bersama dengan seorang lagi penyanyi iaitu Bob semalam, namun disebabkan jadual yang padat, dia terpaksa menangguhkannya.

"Sebenarnya semua anak seni dan mereka yang memberi sumbangan dalam mengharumkan nama Sarawak menerima anugerah itu cuma lain-lain kategori.
"Memang rasa terharu bila diberi anugerah seperti ini kerana ia adalah satu penghargaan buat saya dan anak seni yang berasal daripada Sarawak.

"Lagipun, sepanjang berada dalam bidang seni ini, saya tidak malu untuk memberitahu saya berasal daripada Sarawak, malah berbangga untuk memberitahu sebenarnya saya adalah orang bumi kenyalang," katanya.
Terdahulu, Dayang menghiburkan peminatnya di Hotel Singgahsana, di sini sempena Minggu Setiausaha


Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Suka tak entri ni? Bagi komen sikit, nanti saya balas.