adsense 728x90


Recent Post

17 April 2013

Kak Ziana hos baru primadona?



Sejak akhir-akhir ini, memang heboh kalangan media bercerita mengenai pengacara Primadona, Zeila Jalil, akan digantikan dengan selebriti lain. Antara nama yang disebut-sebut termasuklah pelakon terkenal, Nur Fazura, dan penyanyi popular, Ziana Zain.

Begitupun, baru-baru ini Fazura membuat pengakuan dia menolak tawaran daripada pihak Astro berikutan bidang pengacaraan bukanlah kepakarannya.
Tunggu jawapan Astro



Ziana pula, ketika ditemui pada majlis pelancaran produk baru Safi dan pelantikannya sebagai duta Safi Rania Diamond di Subang Jaya, Selasa lalu, tidak menafikan mahupun mengiyakan mengenai khabar dirinya turut dilamar pihak berkenaan bagi memikul tanggungjawab sebagai seorang daripada empat pengendali rancangan itu.

Cuma katanya, dia memang mendapat panggilan daripada Astro berhubung tawaran mengacarakan program terbabit.

"Saya dengar mereka ada membuat rombakan dan kita tunggu sajalah apa keputusannya. Saya pun ada dipanggil, tetapi saya masih menunggu panggilan berikutnya dan belum tahu jawapannya lagi.
"Saya sendiri sukakan rancangan Primadona sebab ia berkisar mengenai wanita. Ia berbicara mengenai dunia kecantikan, fesyen, kisah peribadi dan segala-galanya ada kena-mengena dengan wanita. Saya pula jenis suka berkongsi dan memang suka bercakap," katanya yang menjayakan iklan produk kecantikan itu bersama suami, Armin Zaharin.

Yakin Mohd tak bersalah

Sentiasa tampil cantik dan menarik, Ziana, 45, cukup gembira apabila dilantik sebagai jurucakap produk berkenaan. Lebih menggembirakan Ziana, sampai sekarang dirinya masih menjadi perhatian pelbagai pihak dan tidak pernah sunyi daripada aktiviti seni.

Sementara itu, selain menjadi juri kepada program realiti nyanyian, Kilauan Emas, jadual Ziana memang penuh dengan undangan persembahan, penampilan khas dan pelbagai agenda lain.

Namun, tatkala sibuk dengan pelbagai tugas, Ziana tidak melupakan bekas protegenya daripada program Mentor musim keempat, Mohd. Mengambil tahu apa yang berlaku kepada anak didiknya itu, Ziana sedih dan bersimpati atas dakwaan merogol yang dikaitkan dengan bakat baru berkenaan.

"Saya hanya boleh menasihati dan bertindak sebagai pemberi motivasi kepada Mohd. Saya dapat tahu mengenai kes dakwaan itu melalui berita yang disampaikan dan saya dapat rasa yang dia 'terkena'. Pada mulanya saya memang terkejut dan risau.

Nasihat pilih kawan

"Saya sudah pun menasihatnya sebelum ini, agar sentiasa berwaspada dalam memilih kawan. Kadang-kadang kawan boleh jadi lawan, jadi kita kena hati-hati. Tambah lagi nak hidup dalam industri ini bukan senang. Tetapi apa yang dia terkena, dia tetap perlu lalui dengan reda," tambah Ziana yang berkeyakinan protegenya itu tidak bersalah, sebaliknya teraniaya


Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Suka tak entri ni? Bagi komen sikit, nanti saya balas.