adsense 728x90


Recent Post

19 April 2013

Megaboys - siapa ni?



KAMI bukan Max 24:7," itu merupakan jawapan serentak yang diberikan kelima-lima jejaka ini apabila diajukan soalan mengenai persamaan mereka dengan kumpulan Max 24:7 yang sebelum turut berada di bawah pengurusan Aesar Mustafa. Dianggotai Darius Muhamad, 21, Mohd. Azrin, 24, Mohd Faizal,23, Luqman Faiz,22, dan Muhamad Fauzi, 23, kumpulan remaja ini menggelarkan diri mereka sebagai Megaboys.

Menyatakan perbezaan yang wujud di antara mereka dan kumpulan Max 24:7, menurut Darius antara yang paling ketara adalah genre yang cuba dibawa mereka di dalam industri ini. Merupakan kumpulan pertama di Malaysia yang membawakan genre Broadway Pop Dance, bagi Darius dia percaya percubaan ini bakal memberi satu lagi variasi buat peminat muzik tanah air.

“Kami bukan Max 24:7, tengok bilangan ahli kumpulan sahaja sudah berbeza.
“Selain itu genre yang dibawa kami merupakan satu-satunya di Malaysia buat masa kini, dan apa yang penting setiap dari kami diharuskan mempunyai kekuatan vokal tersendiri," katanya yang ditemui pada penggambaran muzik video single pertama mereka berjudul Dengarkan.
Ditubuhkan pada awal tahun lepas, menurut Darius sebetulnya mereka berlima ini ditemukan setelah menjalani uji bakat secara berperingkat oleh Aesar Mustafa. Walaupun tidak mengenali sebelum ini, tetapi rasa cinta terhadap muzik yang tinggi menyebabkan mereka mudah selesa bersama.
“Kami datang dari berbeza latar belakang, dan hanya ditemukan selepas melepasi uji bakat yang diadakan.
“Senang sebenarnya untuk mewujudkan keadaan selesa di antara kami memandangkan masing-masing juga mudah berkomunikasi, malah untuk mendapatkan persembahan yang mantap setiap dari kami perlu memahami kelebihan dan kekurangan setiap dari kami," katanya.

Agak berani dalam penampilan, Megaboys sedar pasti ada segelintir yang melabel mereka sebagai ‘adik-adik’ (lelaki lembut) berdasarkan imej yang ditonjol. Namun itu semua tidak melemahkan semangat Megaboys kerana mereka percaya bakat yang dimiliki mampu menghapuskan pandangan serong tersebut.
“Mungkin cara pakaian ini membuatkan mereka di luar sana cukup cepat melabel kami, namun bagi kami sebagai remaja dan mereka yang mahu berkecimpung didalam dunia hiburan, penampilan tetap memainkan peranan yang utama.
“Mudah untuk mengatakan buat masa ini kami lebih mendambakan sokongan untuk membuktikan kesungguhan kami," katanya.


Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Suka tak entri ni? Bagi komen sikit, nanti saya balas.