adsense 728x90


Recent Post

09 April 2013

Oblivion: Dari Fantasi Ke Realiti



Pada Mac 2012, kerja-kerja produksi telah bermula untuk filem 'Oblivion' di Celtic Studios, Baton Rouge, Louisiana. Bagi menghidupkan visi pengarah Joseph Kosinski yang juga penulis asal novel grafik ini, tujuh buah pentas telah dibina di studio berkeluasan 23 hektar itu.

Di Pentas 4, Kosinski dan krewnya seramai 350 orang memulakan tugas 'membina semula' Perpustakaan Awam New York di ruang berukuran 30,800 kaki persegi.
Bezanya dengan perpustakaan sebenar yang terletak di 42nd Street dan Fifth Avenue, sebahagiannya telah termusnah gara-gara peperangan dengan mahkluk asing.Pereka produksi Darren Gilford dan krewnya memberi perhatian teliti kepada setiap perincian. Contohnya, mereka telah membina 12 ‘chandelier’ gergasi tiga tingkat dengan 150 mentol kayu yang diperbuat dari tangan seperti yang terdapat di Perpustakaan Awam New York.



Salah satu babak berlatarbelakangkan Perpustakaan Awam New York melihat watak utama, Jack Harper lakonan Tom Cruise, diturunkan dari ketinggian 54 kaki ke dalam sebuah gua yang sebenarnya sisa peninggalan Perpustakaan Awam New York.

Pentas 5 menyaksikan pembinaan 'Skytower', tempat tinggal Jack dan pembantunya, Victoria 'Vika' Olsen (lakonan Julia Rusakova) yang terletak 3,000 kaki di permukaan troposfera. Bagaikan sebuah dunia di awang-awangan, keadaan di Skytower menampilkan persekitaran yang bersih, sintetik dan berteknologi tinggi. Berbeza dari Bumi yang sudah musnah dan setiap ceruk menyorokkan ancaman yang tidak diketahui.

Lima bulan sebelum penggambaran awal, kerja-kerja membina 'Skytower' sudah bermula. Dari pereka lampu dan pembuat almari, semua yang terlibat bertungkus-lumus mereka sebuah rumah yang digambarkan sebagai kediaman impian setiap pereka rumah.
Bagi memastikan hasil yang realistik, Kosinski memutuskan untuk menjadikan set Skytower kelihatan seperti ia benar-benar di awang-awangan semasa penggambaran. Enggan menggunakan skrin biru, kumpulan VFX yang diketuai Eric Barba dan penyelia VFX Pixomondo, Bjorn Mayer telah bekerjasama dengan Production Resource Group (PRG) untuk mereka sebuah awangan yang realistik untuk ‘Oblivion’.

Tempoh tiga minggu dihabiskan untuk mendapatkan hasil yang dipersetujui Kosinski, Barba dan sinematografer Claudio Miranda. Plat yang digunakan untuk mewujudkan senario langit di sekeliling Skytower merupakan rakaman krew VFX sewaktu di lokasi di kemuncak Haleakala Crater, Maui, Hawaii. Tiga kamera digunakan untuk merakamkan keadaan langit dari siang sehingga malam.

Selain set, pihak produksi juga telah dikerah membina pesawat Bubbleship, gabungan jet pejuang dan helikopter Bell 47. Lebih setahun sebelum penggambaran, mereka di Wildfactory di Camarillo, California yang diketuai Daniel Simon telah mereka sebuah pesawat masa depan.

Selepas rekaan diluluskan, Bubbleship mengambil masa empat bulan untuk dibina menggunakan aluminium dan fibreglass di sebuah gudang di Los Angeles sebelum ia dileraikan dan dihantar ke Louisiana, Iceland dan Mammoth, California untuk penggambaran. Ia mengambil masa lima jam untuk dipasangkan dengan empat orang krew.

Gilford memberitahu beberapa replika Bubbleship terpaksa dibina bagi tujuan penggambaran. Malah satu ‘gimbal’ Bubbleship yang memuatkan replika kokpit pesawat telah dibina di Pentas 6, bertujuan mensimulasikan perjalanan udara dengan bantuan skrin hijau.

Selain itu, Gilford dan krewnya juga bertanggungjawab menghidupkan robot drone yang dilengkapi dengan animatronik, membolehkan mereka bergerak, berpusing dan menyala dengan alat kawalan jauh.

Mereka juga membina semula bahagian dalam kapal angkasa Odyssey dan kedai hadiah Empire State Building, peralatan senjata yang digunakan Jack dan makhluk asing, ‘pod’ tempat tidur, ruang kerja Jack, bilik kawalan Vika.

Pendek kata, bukan mudah untuk merealisasikan visi Kosinski. Lebih-lebih lagi bila setiap rekaan bukanlah hanya sedap mata memandang tetapi mampu wujud di masa akan datang.

Mengikut entri di Wikipedia, ‘Oblivion’ dikatakan menelan belanja sebanyak USD 120 juta. Mampukah buah tangan terbaru Kosinski memuaskan para peminat filem aksi-penggambaran? Mampukah ia membawa pulangan box office yang diharapkan?

Nantikan jawapannya di pawagam tidak lama lagi.


Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Suka tak entri ni? Bagi komen sikit, nanti saya balas.