adsense 728x90


Recent Post

10 April 2013

Studio MIG RM80 juta di Cyberjaya



KUALA LUMPUR 10 April - Syarikat produksi MIG Productions Sdn. Bhd. kini sedang dalam proses mendirikan sebuah studio perfilemannya sendiri dengan kos mencecah RM80 juta di Cyberjaya yang dijangka siap tiga tahun lagi.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo, studio MIG itu bukan sahaja akan menyediakan pelbagai kemudahan untuk penggambaran filem malah pusat operasi syarikat produksi itu yang ditubuhkan 12 tahun lalu.
"Lokasi studio MIG itu tidak jauh dari balai polis Cyberjaya. Kami telah membeli tanah di sana untuk membina studio perfileman MIG. Pembinaan studio itu sedang dalam proses dan ia akan mengambil masa beberapa tahun," ujarnya.
Sejak beroperasi lebih sedekad lalu, MIG telah menerbitkan 89 filem dan yang terbaharu berjudul Perempuan Mukasurat Tujuh arahan Pierre Andre yang kini dalam proses penggambaran di sekitar Lembah Klang


Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Suka tak entri ni? Bagi komen sikit, nanti saya balas.