adsense 728x90


Recent Post

17 April 2013

Tasha Shilla 'sayang' Mahali



SEPERTI biasa bukan mudah untuk mengorek rahsia hati pelakon cantik ini. Banyak sangat pantang larangnya. Ditanya sejauh mana kebenaran hubungan cinta yang terjalin di antara dia dan pemain bola kebangsaan, Mahali Jasuli, Tasha Shilla dengan jujur memberitahu hubungan yang baru bermula ini masih terlalu awal untuk dicanang.

"Dalam tempoh lima bulan ini kami hanya berkawan, dia merupakan peminat saya pada mulanya. Tapi untuk bercerita lebih tentang mengenai hubungan ini, saya rasa terlalu awal," katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran drama bersiri Epilog Cinta Khirana baru-baru ini.
Diminta berkongsi perjalanan hubungan ini, Tasha nampaknya lebih senang untuk meninggalkan tanda tanya dengan enggan menjawab sama ada dia dan Mahali pernah keluar bersama.
"Saya tidak mahu menjawab soalan sama ada kami pernah keluar bersama atau tidak dalam tempoh lima bulan itu.

"Bagaimanapun kali pertama berjumpa ketika membuat kejutan di majlis hari jadinya," katanya.
Mengakui gelaran 'sayang' yang digunakan dirinya untuk memanggil Mahali di dalam laman Twitter tidak bermaksud apa-apa, bagi Tasha buat masa ini dia lebih senang untuk hanya berbicara tentang kisah kariernya sahaja.

"Kalau kamu semua mengikuti Twitter saya pasti perkara ini tidak akan menjadi isu kerana saya memang memanggil peminat dengan gelaran tersebut. Mungkin Mahali di kalangan orang terkenal disebabkan itu ia jadi perhatian," katanya.
Mengakui kejujuran Mahali menyebabkan hubungan ini cepat rapat Tasha juga sempat memuji pengakuan Mahali di sebuah akhbar baru-baru ini.
"Saya memang tertarik dengan kejujurannya. Kalau diikutkan bukan mudah untuk seorang lelaki bercerita mengenai hubungan yang baru terjalin seperti ini," katanya.


Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Suka tak entri ni? Bagi komen sikit, nanti saya balas.