adsense 728x90


Recent Post

29 April 2013

Taylor Swift beli rumah AS$17.8 juta



LOS ANGELES - Penyanyi remaja terkenal, Taylor Swift dilaporkan membeli sebuah rumah tepi pantai di Rhode Island bernilai AS$17.8 juta (RM54 juta), lapor akhbar dalam talian MailOnline.Swift dikatakan membeli rumah agam itu secara tunai dan membayarnya pada awal minggu lalu.Menurut beberapa sumber dalaman ejen hartanah kepada portal hiburan TMZ.com, bintang berusia 23 tahun itu dilihat berada di kediaman tersebut pada Sabtu lepas.

Rumah berwarna putih itu mempunyai keluasan lebih 1,000 meter persegi dan terletak di atas bukit seluas 2.11 hektar.Kediaman keempat yang dibeli Swift itu mempunyai pelbagai kemudahan termasuk sebuah kolam renang. Penyanyi lagu Red itu juga sudah memiliki dua rumah di Amerika Syarikat masing-masing di Beverly Hills, California dan di Nashville, Tennessee.

Namun, sebuah lagi kediaman yang dibeli berdekatan rumah bekas kekasihnya, Conor Kennedy di Hyannis Port, Massachusetts telah dijual pada Mac lalu


Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Suka tak entri ni? Bagi komen sikit, nanti saya balas.