adsense 728x90


Recent Post

14 May 2013

Angelina Jolie mendedahkan, dia telah menjalani pembedahan mastektomi pada kedua-dua payudara




LOS ANGELES - Pelakon jelita Hollywood, Angelina Jolie mendedahkan, dia telah menjalani pembedahan mastektomi pada kedua-dua payudaranya pada awal Februari hingga April lalu.
Jolie berkata, dia menjalani pembedahan itu selepas mengetahui dirinya membawa gen yang boleh menyebabkannya menghidap kanser payudara.
Bagaimanapun, Jolie menyembunyikan pembedahan itu daripada pengetahuan orang ramai sehingga dia mendedahkan berita itu menerusi artikelnya yang berjudul My Medical Choice di akhbar New York Times semalam.
Bintang filem berusia 37 tahun itu menyatakan bahawa antara awal Februari hingga akhir April lepas, dia menjalani pembedahan ke atas kedua-dua payudaranya.
Menurutnya, dia menjalani pembedahan itu adalah kerana memikirkan kepentingan anak-anaknya selepas melihat ibunya, Marcheline Bertrand meninggal dunia kerana menghidap kanser yang sama ketika berusia 56 tahun.
"Ibu saya berjuang menentang kanser selama hampir sedekad dan meninggal dunia semasa berumur 56 tahun," katanya.
"Risiko saya mendapat kanser payudara telah menurun daripada 87 peratus kepada lima peratus sahaja," kata Jolie yang mempunyai tiga anak kandung dan tiga anak angkat dalam artikel tersebut.
Menurutnya, selepas menjalani ujian genetik, dia didapati membawa gen BRCA1 dan mempunyai 87 peratus untuk menghidap kanser payudara.
Tunang kepada aktor Brad Pitt itu berkata, pengalaman pembedahan membuang tisu payudara tersebut yang dihadapinya itu mirip seperti satu adegan dalam sebuah filem sains fiksyen.
"Saya mahu menulis artikel itu untuk memberitahu wanita lain bahawa keputusan untuk menjalani pembedahan mastektomi itu bukan sesuatu yang mudah untuk dibuat.
"Namun, saya berasa gembira dengan apa yang saya telah lakukan," kata aktres tersebut.
Menurut kajian, gen penyebab kanser payudara pada kebiasaannya ditemui pada wanita-wanita Eropah Timur berketurunan Yahudi.
Kumpulan etnik lain yang turut dikesan mempunyai gen itu adalah dari Norway, Belanda dan penduduk di Iceland.
Proses pembuangan payudaranya itu bermula pada 2 Februari lalu.
Menurutnya, dua minggu kemudian, dia membuang tisu payudaranya.
Jolie berkata, sembilan bulan kemudian, dia menjalani pembedahan ketiga untuk membentuk semula payudara dan memasukkan implan.
"Saya tidak berasa sebarang kekurangan sifat kewanitaan. Ia (pembedahan itu) merupakan pilihan yang paling tepat," katanya.
Jolie yang merupakan anak perempuan pelakon Jon Voight pernah berlakon dalam beberapa buah filem antaranya The Tourist, Salt dan Tom Raider.


Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Suka tak entri ni? Bagi komen sikit, nanti saya balas.