adsense 728x90


Recent Post

20 May 2013

Anuar Zain tegur artis



Isu artis melampau dalam media sosial: Jaga privasi, contohi artis Indonesia tak jaja kisah hidup dalam internet

Hingga hari ini, Anuar Zain menjadi antara penyanyi tempatan yang cukup menjaga privasi sebagai artis. Jarang sekali wajahnya dilihat bersepah di mana-mana termasuk di laman sosial.
Jika ada pun, sesekali Anuar mengemas kini laman sosialnya. Itu pun sekadar berkongsi perkembangan kerjaya bersama peminat. Dia lebih selesa tidak terlalu mendedahkan diri melalui media sosial yang menjadi kegilaan ramai sekarang.

Teguran ini bukanlah untuk menyinggung sesiapa," Anuar Zain, penyanyi.

Bukan bersikap antisosial, tegas Anuar, dia tidak menganggap perkara itu sebagai satu keperluan dan mahu mengelak situasi yang memakan diri.

Jejas nama baik artis

Sambil merujuk kepada beberapa kes membabitkan artis dan media sosial sebelum ini, sebagai artis senior, Anuar berasakan dia berhak menegur golongan terbabit yang boleh diibaratkan seperti pepatah seekor lembu yang bergelumang dengan lumpur, habis semua terpalit.

"Teguran ini bukanlah untuk menyinggung sesiapa. Cuma, apabila sesetengah artis memuat naik gambar atau perilaku tidak senonoh di laman media sosial mereka, tak pasal-pasal artis lain terbabit sama. Cuba kita perhatikan komen yang dibuat terhadap gambar atau video terbabit, kebanyakannya menyalahkan artis Malaysia kerana bertindak bodoh.
"Itu yang saya katakan, artis yang tak berdosa pun akan terbabit sama dikata bodoh gara-gara tindakan mereka itu," ujarnya ketika menghadiri sesi fotografi bersama HIP di Balai Berita, Selasa lalu. Tidak berseorangan, Anuar ditemani penyanyi Dayang Nurfaizah pada sesi fotografi itu.

Manfaatkan media sosial untuk kerjaya seni

Sebagai artis, kata Anuar adalah lebih baik jika selebriti menggunakan media sosial untuk memanfaatkan kerjaya seni.

"Kalau kita perhatikan, jarang artis Indonesia, Singapura memuat naik gambar mereka dengan aksi yang bukan-bukan. Mereka cukup menjaga privasi dan kelakuan mereka supaya nama mereka tidak tercemar atau menjadi bahan kutukan.

"Lagi pun, kalau kita muat naik aksi tidak senonoh, bimbang pula ia akan menjadi ikutan terutama kanak-kanak. Mereka pasti akan menjadikan alasan, jika artis kesayangan mereka boleh buat, mengapa mereka pula dilarang?," katanya berkongsi kebimbangan dengan perbuatan memuat naik gambar dan rakaman video sesuka hati tanpa memikirkan risiko terhadap reputasi diri.

Pertimbang tawaran bawa konsert ke negeri lain

Mengulas impak Konsert Cinta Muzik Sanubari yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam pada 16 Februari lalu, Anuar menyifatkan ia berjaya mencapai matlamat diimpikan.

"Bukanlah bermakna konsert itu meraih keuntungan berlipat ganda. Cuma konsert itu menjadi pembuka mata kepada pelbagai pihak yang selama ini memandang rendah kebolehan artis tempatan.

"Saya akui sebelum konsert itu berlangsung, banyak cabaran yang terpaksa saya hadapi. Penaja menarik diri dan bertukar lokasi saat akhir, semua saya hadapi dengan penuh positif.

"Alhamdulillah, disebabkan kejayaan konsert itu, saya menerima beberapa tawaran untuk mengadakan konsert di beberapa negeri. Namun, semua itu masih lagi dalam perbincangan. Bukan mudah untuk membuat konsert dan penat pun tak hilang lagi," katanya. H2

Dayang idam konsert solo

Jika Anuar berjaya mengadakan konsert solo, perkara sama terdetik dalam hati teman baiknya, Dayang.

Namun, ketika ini, hasrat itu terpaksa dipendam gadis kelahiran Kuching, Sarawak ini. Dayang menyedari bukan mudah mementaskan konsert tanpa kedudukan kewangan yang kukuh serta bantuan penaja.

"Impian itu memang ada. Cuma Dayang masih belum bersedia untuk mengeluarkan belanja sendiri. Disebabkan itulah Dayang tumpukan perhatian kepada showcase sebagai salah satu cara mendekatkan diri dengan peminat. Insya Allah, suatu masa nanti, jika ada peluang Dayang akan anjurkan konsert solo besar-besaran," katanya.

Berbanding karyanya sebelum ini, album terbaru Dayang berjudul Sayang & Cahaya seakan kurang menyerlah. Entah di mana silapnya, lagu Dayang tidak kerap kedengaran di corong radio.

Menjawab persoalan itu, Dayang menafikan lagunya tidak diputarkan di radio.
"Lagu saya tetap disiarkan cuma pilihan saja yang berbeza. Kami promosi lagu Perlukan Cinta, tetapi lagu yang diputarkan adalah Rahsia Cinta. Dayang suka lagu Perlukan Cinta kerana ia cita rasa Dayang, tapi nampaknya radio lebih akur dengan kehendak peminat.

"Tak mengapalah, asalkan lagu saya diputarkan, itu sudah menggembirakan saya," katanya.

Album tanda persahabatan

Kehadiran pasangan ini ke studio bertujuan mempromosikan album Anuar dan Dayang Live At Dewan Filharmonik yang dipasarkan tahun lalu.

Mengulas lanjut kelahiran album itu, Anuar berkata, dia sangat teruja kerana album itu cukup dinantikannya.

"Album ini umpama tanda persahabatan dan menjadi kenang-kenangan buat saya apabila hari tua kelak. Saya gembira kerana hasrat untuk merealisasikan album ini menjadi kenyataan," katanya.

Ditanya mengapa mereka tidak merakamkan lagu baru dalam album ini, Dayang berkata, mereka sebenarnya menghadapi masalah mencari lagu sesuai.

"Pada mulanya memang kami berhasrat untuk merakamkan lagu baru. Tapi hakikatnya bukan mudah untuk mencari lagu yang sesuai untuk vokal kami berdua. Perlu lihat keserasia,n selain melodi. Tapi malangnya, kami tidak berjumpa lagu yang menepati ciri dimahukan," kata Dayang.


Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

2 comments:

  1. betul2. jangan la sesekali salah guna media sosial, kelak makan diri....

    ReplyDelete
  2. betul tuh, guna secara berhemah kan

    ReplyDelete

Suka tak entri ni? Bagi komen sikit, nanti saya balas.