adsense 728x90


Recent Post

29 May 2013

Filem Tanda Putera



Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) patut membenarkan filem 'Tanda Putera' ditayang kepada orang ramai, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
    
Beliau berkata dengan tayangan filem itu, rakyat boleh membuat penilaian sendiri terhadap mesej yang disampaikan menerusi filem kenegaraan arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba itu.
    
"Tiba masanya 'Tanda Putera' ditayang untuk tontonan semua," katanya dalam laman sosial Facebook beliau hari ini.
 
    
 
Filem 'Tanda Putera' terbitan Pesona Pictures Sdn Bhd dengan kerjasama Finas, memaparkan kisah Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya Tun Dr Ismail Abdul Rahman memulihkan negara susulan peristiwa 13 Mei 1969.
    
Filem itu, yang dibuat pada 2011 dan dilulus tayangannya oleh Lembaga Penapisan Filem dengan sijil PG13, sepatutnya menemui penonton mulai 15 November lepas. 

Menyokong penuh apa yang dinyatakan oleh Menteri Komunikasi dalam pekara ini. Kesedaran buat rakyat perlu dipamerkan melalui filem Tanda Putera. Wajib ditayangkan selewat lewatnya Jun ini.


Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Suka tak entri ni? Bagi komen sikit, nanti saya balas.