adsense 728x90


Recent Post

15 May 2013

Inul memang saman



JAKARTA: Penyanyi dangdut, Inul Daratista dilaporkan memenangi tuntutan hak milik pusat karaoke Inul Vizta dalam kes saman melanggar hak cipta oleh Karya Cipta Indonesia (KCI).

“Tuntutan terhadap defendan tidak dapat diterima,” kata ketua hakim pengadilan tataniaga Jakarta Pusat, semalam.
Selepas perbicaraan terbabit, pengacara Inul Hotman Paris Hutapea terbabit kelihatan amat gembira.


“Keputusannya adalah Inul menang, kami menang,” kata Hotman selepas perbicaraan terbabit.

Hotman berkata kemenangan diperoleh disebabkan tuntutan plaintif dilihat sebagai salah terhadap konsep tuntutannya.

“Surat tuntutannya adalah salah konsep, yang dituntut adalah cawangan Inul Vizta di beberapa kota, sedangkan cawangan terbabit ada yang dimiliki orang lain, bukan Inul,” kata Hotman.

Bagaimanapun Inul tidak hadir ketika keputusan diumumkan.
Inul dikatakan tidak mahu akibat kes itu menyebabkan beliau tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja dan boleh menjadikan dirinya tidak lalu makan dan kurus.

“Lagi banyak menerima tawaran, saya juga cuba untuk makan lebih banyak supaya tidak dilihat seperti orang kekurangan khasiat,” kata Inul ketika ditemui wartawan di Kebon Jeruk, Jakarta Barat.

Penyanyi dangdut ini berkata beliau cukup berpengalaman untuk berhadapan dengan masalah menyebabkan beliau terus memberi tumpuan dalam usaha mencari rezeki.

“Jika kita mempunyai masalah pastinya berat tetapi masih mampu menanganinya dengan baik,” katanya lagi


Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Suka tak entri ni? Bagi komen sikit, nanti saya balas.