adsense 728x90


Recent Post

08 May 2013

Justin Bieber kena 6 saman di Dubai



Dubai: Polis di sini mengesahkan bahawa Justin Bieber mengumpul enam saman had laju ketika berada di bandar ini, dengan memecut di sepanjang lebuh raya Shaikh Zayed sambil memandu Lamborghini Avendator malam Ahad lalu.

Penyanyi berusia 19 tahun itu, yang mengadakan dua konsert di sini iaitu pada Sabtu dan Ahad, memandu kereta super itu bernilai Dh1.5 juta (RM1.22 juta) ke konsertnya Ahad lalu dan dirakam kamera pengawasan di Lebuh Raya Shaikh Zayed serta dalam perjalanan ke Sevens Stadium di Al Ain Road.
Kereta Lamborghini Aventador itu adalah model terkenal Itali dan memiliki kelajuan maksimum 350 kilometer sejam dan 691 kuasa kuda.


Polis berkata, kereta sports mewah dipandu Bieber dirakam kamera radar beberapa kali di jalan Shaikh Zayed dan dia memandu secara melulu.

Melebihi had laju

Lamborghini itu dikesan polis peronda melebihi had laju dibenarkan dan polis cuba menahannya, tambah sumber polis serta beberapa denda dikeluarkan.

Denda had laju biasa di sini ialah Dh600 (RM486.39), bermaksud Bieber perlu membayar sekurang-kurangnya Dh3,600 (RM 2,914.79) walaupun tidak jelas bagaimana denda itu akan dikumpul.
"Denda lebih tinggi akan dikenakan mengikut kelajuan. Lebih laju kereta dipandu lebih tinggi denda dikenakan," kata pegawai berkenaan.

Seorang ejen jualan Lamborghini berpusat di Emiriah Arab Bersatu (UAE) memberitahu Gulf News bahawa tidak mustahil untuk seorang pemandu semuda Bieber diinsuranskan ketika memandu kenderaan itu.

Bieber terkenal dengan koleksi kereta laju dan memiliki antaranya, sebuah Fisker Karma berwarna perak dan Ferrari putih.

Bieber lewat dua jam untuk konsertnya Ahad lalu, di mana seorang peminat memanjat pentas ketika persembahan. Jabatan siasatan dan jenayah polis di sini (CID) berkata tiada siapa ditahan berhubung kejadian itu.


Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Suka tak entri ni? Bagi komen sikit, nanti saya balas.