adsense 728x90


Recent Post

15 May 2013

Shila dapat PR China



Perjalanan kerjaya Shila Amzah meneroka industri seni suara di China semakin selesa apabila dia memperoleh status Pemastautin Tetap (PR), bulan lalu. Kontrak lima tahun bernaung di bawah stesen televisyen paling besar di republik itu melayakkan Shila atau nama sebenarnya, Nur Shahila Amir Amzah, 23, memperoleh permit kerja dan PR.

Berasa bertuah kerana SMG sentiasa memastikan kebajikan dan keselesaannya dijaga baik, kepercayaan diberi tidak mungkin dipersiakan Shila.

“Pengurusan syarikat cukup profesional. Sebaik memenangi Asian Wave 2012, mereka maklumkan urusan permit serta dokumentasi di bawah tanggungjawab mereka. Tetapi saya tidak menyangka prosesnya secepat ini.


Kerjaya semakin lancar
“Dengan adanya PR, urusan kerjaya semakin lancar memandangkan saya kerap berulan -alik antara Kuala Lumpur dengan Shanghai. Saya juga selalu mengadakan persembahan di luar China,” katanya yang berada di Kuala Lumpur, sejak awal bulan ini.

Dijadual terbang semula ke Shanghai, Khamis ini, Shila mengaku jadual padat sedia menanti bersama enam modul kelas setiap hari, selain memenuhi persembahan diatur SMG.

Antara perkara baru yang akan dilakukan sebaik tiba di Shanghai ialah berpindah ke kediaman lebih selesa di komuniti Melayu berhampiran lapangan terbang di Pudong.

“Sepanjang berada di Shanghai sejak tahun lalu, kami ditempatkan di hotel. Memang selesa, cuma tidak boleh memasak. Sesekali teringin juga menjamah masakan Melayu.

“Apabila dimaklumkan sudah ada kediaman sesuai ditambah lokasinya di penempatan yang turut dihuni beberapa keluarga Melayu, saya lega,” ulasnya yang bakal ditemani pengurus peribadinya pulang ke Shanghai.

Shila berkata, dia sedih kerana kali ini ayahnya, ND Lala dan ibu tercinta, Fauziah Sarman perlu menguruskan hal di rumah serta mengendalikan urusan Shila Amzah Entertainment.

“Biarlah adik-adik pula bermanja dengan mak dan abah. Kasihan mereka yang masih belajar terpaksa ditinggalkan. Saya bersyukur mereka memahami situasi ini,” katanya lagi yang cukup menghargai pengorbanan keluarga demi kejayaannya.

Kejutan dalam album Melayu baru

Tidak melihat kepulangan kali ini sebagai masa rehat, sebaliknya ‘percutian’ hampir sebulan selepas selesai mengundi kali pertama pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), dimanfaatkan untuk menyudahkan pembikinan album Melayu.

Mengakui agak cerewet menjalani rakaman enam lagu baru, Shila sanggup menghabiskan sepanjang malam hingga menjelang subuh setiap hari bagi mendapatkan hasil terbaik.

Bagai pertembungan semula dengan insan yang berjasa dalam menghasilkan album era kanak-kanaknya, semua pihak yang menjayakan produk terbaru ini adalah mereka yang bersama Shila sejak album sulung ketika berusia sembilan tahun.

“Album kali ini cukup bererti kerana saya terbitkan sendiri. Agak besar saya laburkan untuk kualiti terbaik selain instrumen live. Walaupun mengambil masa dan modal besar, saya mahu ia berbaloi,” ulasnya yang turut memberikan kejutan bersama lagu khas untuk peminat.


Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Suka tak entri ni? Bagi komen sikit, nanti saya balas.