adsense 728x90


Recent Post

06 June 2013

Artis Hollywood beri sokongan pada Paris Jackson



Tekanan terhadap tuduhan cabul yang dikenakan seorang koreografer, perebutan harta di kalangan ibu bapa saudaranya selain kongkongan insan terdekat dikatakan semakin menghimpit perasaan gadis itu.
Gadis ini dikatakan belum bersedia secara mental untuk memasuki mahkamah sebagai saksi kepada segala kes membabitkan bapanya. Hujung bulan ini, dia dikhabarkan akan menjejakkan kaki ke mahkamah berhubung kes saman keluarga Raja Pop itu terhadap AEG, penganjur konsertnya yang tidak menjadi.


Namun, halangan menyaksikan konsert Marilyn Manson dilihat sebagai pencetus api kemarahan anak kedua daripada tiga bersaudara itu hingga mendorongnya mengambil ubat berlebihan serta mengelar pergelangan tangannya sendiri.

Bagaimanapun, dia yang dikhabarkan menghubungi sendiri talian bantuan kini dilaporkan dalam keadaan stabil di hospital.

Terdahulu, Paris kerap membayangkan kematian menerusi laman sosial peribadinya, sama ada menulis status atau berkongsi gambar.

Kesengsaraan yang dilalui Paris hingga bertindak sedemikian bukan sekadar mendapat simpati peminat, malah ramai selebriti Hollywood turut menitipkan kata-kata semangat kepadanya.
Kelly Osbourne: "#Orang ramai perlu membiarkannya sendirian. Biarkan dia menjadi kanak-kanak biasa!"

Jordin Sparks: "Doa untuk anda, mama?"

Russell Simmons: "Doa saya untuk Paris Jackson dan keluarganya."

Alyssa Milano: "Saya kirimkan sokongan dan sayang?"

Melissa Joan Hart: "Ini sangat menyedihkan!"


Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Suka tak entri ni? Bagi komen sikit, nanti saya balas.