adsense 728x90


Recent Post

04 June 2013

Kolaborasi Aizat, Noh bakal menyengat



Tentu ramai yang pernah mendengar single terbaru dua penyanyi hebat iaitu Aizat dan Noh Salleh berjudul In Love With You. Single ini dicipta sepenuhnya oleh Noh Salleh, vokalis kumpulan Hujan. Walaupun Cik Normah ini kategori orang lama, tapi Cik Normah memang suka dengan yang berentak pop itu.

Jika lagu itu berkumandang di radio, Cik Normah pasti akan layan kerana melodinya yang catchy. Bukan saja Cik Normah tapi Cik Abangpun suka juga dengan lagu tu. Alah! Dia memang peminat tegar penyanyi kreatif dan berbakat besar itu.
Bagi peminat lagu itu, Cik Normah ada khabar gembira yang dingin dikongsi bersama. Klip muzik video lagu itu sudah siap dan jika tiada aral melintang, muzik videonya akan dilancarkan hari ini. Ia boleh ditonton di laman sosial YouTube selain portal seperti Gua termasuk laman web stesen radio HotFM, EraFM dan SuriaFM.


Cik Normah diberitahu, muzik video ini dirakamkan pada 13 Mei lalu di Ampang dan diarah Mohd Zulfadhly Luey dari Luey Motion Lab.

Tak sabar Cik Normah nak tengok hasilnya. Mesti hebat, sehebat lagu yang dinyanyikan. Kepada Noh dan Aizat, Cik Normah nak ucapkan selamat berjaya.
Semoga lagu ini akan mendaki carta populariti stesen radio sekali gus dicalonkan sebagai finalis Anugerah Juara Lagu (AJL).


Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Suka tak entri ni? Bagi komen sikit, nanti saya balas.