adsense 728x90


Recent Post

19 July 2013

Buat Duit Online Sambil Belajar Untuk Mahasiswa



Buat Duit Online Sambil Belajar – Teringat saya sewaktu masa belajar. Ketika itu talian internet tidak seperti sekarang. Sekarang sudah ada talian tetap streamyx yang berkelajuan tinggi hingga 4MB dan boleh lagi tinggi jika mahu iaitu mengggunakan Unifi. Dan kemudian ada juga wifi dan juga broadband yang boleh digunakan dimana mana. Tetapi saya pasti dulu hingga kini walau ada bezanya tetapi ada satu benda yang tetap sama iaitu mahasiswa memerlukan wang untuk berbelanja. Betul tak.


Sebelum saya cerita akan topik kita yang utama biarlah saya ceritakan sedikit pengenalan mukaddimah. Saya smerindukan zaman ketika saya belajar diuniversiti. Ada beberapa perkara yang bila direnung kembali saya ingin masa diputarkan semula. Saya pasti anda pun begitu.
Kadang kadang terfikir, kenapa tidak semasa saya belajar dahulu saya terlibat dengan aktiviti jual menjual seperti jika ada pameran di universiti, saya ingin terlibat didalam aktiviti jual beli, kenapa tidak saya menjual topup, kenapa tidak saya terlibat didalam jual beli online, kenapa tidak saya memulakan langkah yang pertama untuk menjana wang dari online sejak di Universiti dan sebagainya. Itu antara yang saya terfikir.
Buat Duit Online Sambil BelajarBuat Duit Online Sambil Belajar

Buat Duit Online Sambil Belajar – Kisah Saya

Saya tidak katakan ianya terlewat sama sekali. Cumanya diwaktu ini saya terfikir kenapa saya tidak lakukan ini sejak dulu lagi iaitu di zaman universiti. Saya bukanlah ingin menjana wang yang banyak dari online. Tetapi cukup rasanya untuk permulaan jika saya boleh membentuk satu kaedah untuk menjana wang secara passive income. Passive income adalah salah satu pendapatan yang boleh kita perolehi secara sepanjang hayat dan bila bila waktu dengan usaha diawal waktu dan selepas itu hanya tunggu masa untuk menuai hasil. Itu sahaja.

Buat Duit Online Sambil Belajar Untuk Mahasiswa

Untuk mahasiswa saya galakkan anda bermula dari sekarang. Mungkin ada yang nak jadi pensyarah, cikgu, pekerja professional dan sebagainya. Tetapi itu cita cita anda. Adakah apa yang anda cita citakan itu akan berlaku seperti apa yang anda inginkan. Belum tentu. Mungkin anda mengalami kepayahan untuk mencari kerja semasa selepas menamatkan kuliah di Universiti. Jadi disini saya ingin mengajak mahasiswa meneroka peluang buat duit online dari sekarang sebagai backup anda jika anda menghadapi masalah atau untuk menambah pendapatan sedia ada selepas kerja. Anda telah bermula maka anda tidak perlu lagi tercari cari.


Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Suka tak entri ni? Bagi komen sikit, nanti saya balas.