adsense 728x90


Recent Post

13 April 2014

Jeremy Little meninggal di Mekah kerana kanser



CEO Tune Studios yang juga anggota band muzik Indie tempatan PranaJeremy Little telah dilaporkan meninggal dunia di Tanah Suci Mekah, pada awal pagi Rabu.

Sebelum meninggal dunia, Allahyarham ada memuat naik sekeping gambar di laman Instagram peribadi miliknya dengan kapsyen: "Beautiful Technology in a magical place..SubhanAllah”.

Gambar berserta kapsyen tersebut adalah yang terakhir dimuatnaik oleh Allahyarham kira-kira lima hari lalu di tanah suci Mekah.

Allahyarham berada di Mekah untuk mengerjakan ibadah umrah.

Bertindak sebagai DJ dalam band muzik Prana, Jeremy Little yang turut menguruskan label Laguan Music bersama saudara kandungnya, Jeffrey Little sebelum ini pernah menghidap penyakit kanser tahap 4 dan pernah menjalani rawatan untuk merawat penyakit kronik tersebut. 

Mufti Ismail Menk, kenalan Allahyarham telah memuatnaik status pemberitahuan tentang pemergian sahabatnya Jeremy Little di laman Twitter peribadi milik beliau.

Status mengenai pemergian Allahyaraham Jeremy turut dimuatnaik di laman facebook, Tune Studios. Beberapa rakan seperjuangan Allahyarham di dalam industri muzik Malaysia juga turut melahirkan ucapan takziah di atas pemergian beliau. 


Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Suka tak entri ni? Bagi komen sikit, nanti saya balas.