adsense 728x90


Recent Post

19 May 2014

Siti Saleha Dedah Wajah Kekasih Baru [Gambar]





Pasti ramai yang sudah menghidu kisah cinta pelakon popular Siti Saleha dan kekasih barunya yang juga berdarah kacukan seperti heboh diperkatakan ramai ketika ini.

Malah pelakon berdarah kacukan Melayu-Inggeris yang menempa nama menerusi drama bersiri Nora Elena dan filem Kerat 14 ini tidak menyorokkan teman lelakinya itu daripada pihak media dan peminat.

Justeru, tidak hairanlah, kehadiran Saleha, 24, dan kekasihnya itu mencuri tumpuan lensa jurugambar pada majlis persandingan Produser filem Kerat 14, Harvinder Uppal dan pasangannya, baru-baru ini.

Ketika ditemui, Saleha yang juga adik kepada vokalis kumpulan Bunkface ini mengakui jejaka berdarah kacukan itu adalah teman lelaki istimewanya.

"Inilah teman lelaki baru saya. Saya tiada masalah untuk bergambar tetapi dia ini sebenarnya seorang yang sangat pemalu dengan media.

"Kami sudah berkawan rapat selama 10 bulan dan dia bekerja di bahagian kewangan. Maaflah saya tidak dapat komen lebih-lebih mengenai dirinya malah juga namanya buat masa ini.

2





"Setakat ini, hubungan kami berjalan lancar dan masih dalam proses mengenali jiwa masing-masing. Kami juga belum ada perancangan untuk berkahwin buat masa ini," katanya.

Saleha pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pemain bola sepak iaitu penjaga gol pasukan Sabah yang juga adik pelakon Sharifah Sofea, Syed Adney Syed Hussein tetapi hubungan itu akhirnya terputus di tengah jalan.

Menyusul selepas itu, dia menjalinkan hubungan pula dengan seorang jejaka inggeris, Robin Coenraad tetapi ia hanya bertahan seketika kerana tiada persefahaman.

Majlis persandingan Harvinder yang juga Penerbit Eksekutif White Merpati Entertainment dan pasangannya Rajwant Kaur Sandhu berlangsung di Ideal Convention Centre, Selayang.

Harvinder adalah anak sulung kepada produser filem Akhirat lakonan Vanidah Imran iaitu S Baldev.

Majlis persandingan turut dimeriahkan dengan kehadiran barisan artis seperti produser Skop Production, Datuk Yusof Haslam; pelakon veteran A Galak, Fouziah Gous dan suaminya, Mohd Zhafran Yusuf, Aznah Hamid dan Sheera Iskandar.

Tidak ketinggalan, pengarah filem Kerat 14 yang juga anak S Baldev, Arjin Uppal.

Serah pada penilaian peminat

Mengenai pencalonannya pada Anugerah Bintang Popular BH 2013 (ABPBH 2013), Saleha hanya menyerahkannya pada penilaian peminat.

Pada edisi ABPBH kali ini, dia dicalonkan dalam tiga kategori iaitu Pelakon TV Wanita Popular, Pelakon Filem Wanita Popular dan kategori online, Gandingan Serasi Di Layar bersama Zizan Razak.

Secara peribadi, Saleha bersyukur kerana memiliki kelab peminat yang sentiasa menyokong kerjayanya sampai hari ini.

Setakat ini, dia memiliki seramai 10,000 ahli kelab peminat dan 700,000 pengikut dalam laman sosial Facebook.

"Kalah atau menang semuanya terpulang kepada kelab peminat yang bekerja keras untuk mengundi selama ini. Apapun, rezeki semuanya ketentuan Tuhan.

"Insya-Allah, kalau ada rezeki, sayalah yang paling gembira di dunia ini, tetapi semuanya bergantung pada keputusan pengundi. Sebagai artis, saya cuma boleh berdoa dan harap yang terbaik," katanya.

Dalam perkembangan lain, kata Saleha dia juga sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri 13 episod, Manis untuk saluran Astro Ria.

"Saya pegang watak akauntan iaitu Anis yang bekerja di Bakery Shop Manis dan terus jatuh cinta dalam bidang itu. Anis juga bekerja di situ untuk menyelamatkan Bakery Shop Manis dari jatuh bankrap.

Barisan pelakon lain yang turut memantapkan cerita ini ialah Sasqia Dahuri, Nabil Abdul dan Akmal Ahmad," katanya. Manakala, projek filem barunya pula ialah Upin Ipin The Movie terbitan KRU.- HarianMetro


Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Suka tak entri ni? Bagi komen sikit, nanti saya balas.