adsense 728x90


Recent Post

19 May 2014

ZIZAN BUBAR SYARIKAT KERANA HASUTAN EMMA ?



Pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak telah mengambil keputusan untuk membubarkan syarikat pengurusan Wireframe miliknya sebaik sahaja menandatangani kontrak lumayan dengan Astro baru-baru ini. Namun begitu, berita mengenai pembuburan ini masih belum muktamad memandangkan Zizan Razak rakan kongsinya iaitu Marina Juki sedang dalam proses membahagikan hak dan melantik peguam bagi meneliti segala hal berkaitan perundangan. Tindakan itu turut menimbulkan spekulasi bahawa keputusan Zizan membubarkan syarikat Wireframe dikatakan diambil atas faktor hasutan teman wanitanya iaitu Emma Maembong. 

Bagaimanapun, pelakon muda tersebut menafikan dakwaan tersebut dan menganggap ianya sebagai mengarut dan tidak masuk akal. Ada yang mengatakan punca pembubaran itu disebabkan perbalahan yang berlaku antara Zizan dan Marina sejak dua bulan lalu ekoran sikap Marina yang suka mengongkong berkaitan soal peribadi termasuk kisah cintanya dengan Emma Maembong. 

Sikap Zizan yang tidak mahu dikongkong orang lain dikatakan menjadi penyebab dua rakan kongsi itu mahu mengambil haluan masing-masing dengan cara baik dan tidak tergesa-gesa.


Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Suka tak entri ni? Bagi komen sikit, nanti saya balas.