adsense 728x90


Recent Post

20 November 2011

Cerita Robert T. Kiyosaki Dan Buku Rich Dad-nya



DARI mana rakyat Amerika mendapatkan nasihat kewangan mereka? Merrill Lynch? CNBC? Atau Robert T. Kiyosaki? Kalau anda belum mengenali siapa Robert T. Kiyosaki, beliau boleh ditemui di kedudukan paling teratas dalam kebanyakan senarai penulis best-seller dunia. Pada ketika ini, beliau masih lagi menduduki carta No. 1 untuk New York Times paperback dalam ketegori 'advice'. Sudah berada di kedudukan tersebut lebih daripada 98 minggu. Satu pencapaian yang amat mengagumkan
 
Cerita Robert T. Kiyosaki Dan Buku Rich Dad nya
 
Di Amerika Syarikat, begitu banyak buku-buku nasihat (advice) yang boleh didapati di pasaran termasuk yang berfokus pada kewangan dan lain-lain. Tetapi kenapa hanya buku Rich Dad, Poor Dad ini yang difrancaiskan dan menempa kejayaan sebegini?
 
Inilah dia cerita Robert T. Kiyosaki dan buku Rich Dad, Poor Dad-nya ..
Buku Rich Dad, Poor Dad pada asalnya diterbitkan sendiri oleh Robert T. Kiyosaki sekitar tahun 1997. Ditambah dengan menjalankan siri seminar, maka beliau mampu menjual jumlah yang cukup untuk menarik perhatian Warner Business Books – sebuah penerbit buku besar yang mempunyai edaran yang lebih baik.
 
Edisi terkemudian telah terjual melebihi 2 juta naskah semenjak May 2000. Ini di dalam Amerika sahaja. Buku Rich Dad, Poor Dad juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa lain dan dikhabarkan terjual lima kali ganda daripada jumlah jualan asal di Amerika itu.
 
Mari kita mendalami sedikit apakah yang menjadikan Buku Rich Dad, Poor Dad ini begitu meledak dalam jualannya. Pertama, Robert T. Kiyosaki dengan terang dan jelas telah mengumumkan bahawa buku ini bukan 'buku cepat kaya'. Kedua, di dalam buku ini beberapa kali diulangi bahawa 'orang kaya' mempunyai 'rahsia' yang menjadi tunjang kekayaan mereka dan akan didedahkan di dalam buku ini. Ketiga, bahan di dalam buku ini dipersembahkan dalam bentuk pengajaran dan cerita. Keempat, pengajaran itu diletakkan sebagai pendedahan yang membatalkan mitos lama kepercayaan tentang wang dan kekayaan.
 
Untuk menambahkan lagi kekuatan buku ini, di kulit belakangnya Robert T. Kiyosaki menulis, 'explode the myth that you need to earn a high income to become rich.'
Bagi menjadikan buku ini perbualan ramai, beliau perlu mencipta gimik. Ini boleh dilihat dalam tajuk buku ini – Rich Dad, Poor Dad. Kalau dalam Bahasa Malaysia ia lebih kurang berbunyi – Bapa Kaya, Bapa Miskin. Adakah beliau memiliki dua bapa? Peliknya. Dan inilah antara penyumbang yang menjadikan buku ini sebuah fenomena.
 
Membesar di Hawaii sekitar 1950an, beliau mengatakan bahawa beliau mempunyai dua orang bapa. Setiap seorang daripadanya mempunyai prinsip dan kepercayaan berbeza tentang wang. Buku ini sebenarnya ditulis bersama Sharon L. Lechter tetapi ia diceritakan sepenuhnya daripada sudut pandang Robert T. Kiyosaki.
 
Pada akhir cerita, beliau mengaku bahawa 'Poor Dad' itu sebenarnya adalah ayah kandungnya. Seorang pendidik yang gagal dalam menguruskan kewangan dengan betul dan pada penghujung hayatnya meninggal sebagai orang miskin (walaupun seorang yang amat terpelajar). Kemudian bapa kepada Mike iaitu kawan baiknya; seorang usahawan yang berjaya yang membina empayar perniagaan dalam pelbagai bidang dan menjadi antara salah seorang terkaya di Hawaii sungguhpun tidak mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi. Inilah bapa kaya yang beliau maksudkan.
 
Bapa kaya inilah yang beliau jadikan idola. Pada umur 9 tahun beliau membuat keputusan untuk mengikut jejak langkah bapa kayanya ini. Dan dia berjaya! Hari ini, beliau merupakan seorang jutawan – semuanya kerana nasihat dan kebijaksanaan yang diperolehi daripada bapa kaya tersebut. Secara beransur-ansur di dalam buku ini beliau memprotes sistem pendidikan tradisional Amerika yang tidak menerapkan pengetahuan kewangan kepada generasi muda.
 
Buku Rich Dad, Poor Dad berlandaskan tema utamanya bahawa anda tidak akan menjadi kaya disebabkan gaji atau berpendapatan tinggi. Beliau menyatakan apa yang perlu dilakukan ialah 'menumpukan usaha dan kekuatan dalam membina aset yang menghasilkan pendapatan'. Apa contohnya? Di dalam buku ini beliau kerap memberikan contoh berdasarkan hartanah dan spekulasinya.
 
Dan dalam nasihatnya mengenai hartanah, Robert T. Kiyosaki sering mengulangi keperluan untuk membaca lebih banyak buku, rakaman audio, mengikuti kursus dan seminar. Dalam satu baris ayat beliau mengatakan 'saya menjadi kaya dan tidak perlu bekerja lagi disebabkan kursus yang saya ikuti'. Diikuti dengan pengumuman bahawa beliau juga turut mahu membantu secara part-time dengan mengadakan suatu kursus yang diadakan di Phoinex selama tiga hari dengan kos sebanyak $5,000 per individu.
 
Namun, secara peribadi bagi saya tidak kira berapa banyak wang yang Robert T. Kiyosaki buat sebelum ini, yang pastinya beliau membina kekayaan dengan menjual idea bahawa – beliau memegang kunci kekayaan pada masa depan. Salah satu mesej kreatif logik yang beliau hasilkan di dalam buku ini telah meningkatkan kepercayaan rakyat Amerika bahawa mereka tidak mempunyai cukup masa membina kejayaan kewangan dan hero dalam diri mereka sudah semakin berkurangan. Saya petik tulisan beliau, 'It's one of the most powerful ways we learn that we often lose as adults,' beliau menambah lagi, 'We lose our heroes. We lose our naivete'.


Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

9 comments:

  1. banyakkan entri macamni.. kalu ada idea psal buku2 mengenai hartanah lagi ok.. heheh :)

    ReplyDelete
  2. suka entri macam ni yek? boleh le sama-sama kita membaca. minat hartanah ke? emm... mesti byk duit nih

    ReplyDelete
  3. yang ni btol2 nur fathia yang komen ke? minat ngan hartanah, tgh nak mencuba2.. takdala banyak duit...

    ReplyDelete
  4. iya, ni salah satu cara saya berkomunikasi dengan teman & peminat secara online.

    ReplyDelete
  5. owhh. bagusla, tak ramai artis yang nak buat mcamni, selalu asyik ngan gosip jer.. hehe.. btw, selain dari berlakon buat apa lagi? study?

    ReplyDelete
  6. iya, study, byk masa di guna utk study. jalan-jalan dgn kwn2 sekali sekala.

    ReplyDelete
  7. ooo.. yaka, bagusla.. eh u ada facebook tak? tatau yang mana satu yang btol, banyak sgt.. hehe

    ReplyDelete
  8. u boleh like nurfathia.blogspot.com kat facebook, itu pages rasmi i dan segala entri kat blog ni juga keluar kat pages sana.

    ReplyDelete
  9. check out the black swan, quite good..

    ReplyDelete

Suka tak entri ni? Bagi komen sikit, nanti saya balas.