adsense 728x90


Recent Post

06 July 2014

Michael Jackson tiba-tiba moonwalk di jetty Sabah - sekadar hiburan

Lima tahun selepas pemergian "Raja Pop", Michael Jackson bakal tampil dengan album baharu yang pastinya ditunggu-tunggu peminat setia mendiang.


Pengumuman di buat syarikat rakaman Epic Recods, anak syarikat Sony Music pada Isnin, yang akan menampilkan lapan buah lagu yang tidak pernah diperdengarkan sebelum ini.


Lagu diambil daripada simpanan perpustakaan muzik Michael yang mempunyai rakaman vokal penuh sebelum diserahkan kepada penerbit berwibawa untuk menyusun semula agar lagu memenuhi citarasa semasa.


Album dinamakan "XSCAPE" yang dipetik daripada judul salah sebuah lagu dalam album itu dan akan dilancarkan pada 13 Mei ini.


Ia akan cuba mengekalkan ciri-ciri dan integriti yang ada pada Michael.


Antara penerbit yang tersenarai adalah nama-nama besar seperti Timbaland, Rodney Jerkins, Stargate and John McClain.


Versi istimewa atau "deluxe" album tersebut akan mengandungi rakaman asal suara Michael.


"Michael sentiasa tampil dengan sesuatu yang mendahului zaman dan membuka ruang untuk penerbit baharu untuk mencari bunyi-bunyi baharu. Dia sentiasa relevan dan sesuai dengan sebarang zaman. Lagu-lagu ini menggambarkan semangat itu," kata John Branca dan John McClain, pengurus bersama peninggalan Michael.


Epic Records pada 2010 turut menerbitkan album "Michael" selepas kematian mendiang.


Ia mengandungi sembilan buah lagu daripada rakaman sesi akhir Michael untuk albumnya akan datang.


Untuk maklumat lanjut kepada peminat micheal jackson -- > Uinnaaa! Michael Jackson tiba-tiba moonwalk di jetty Sabah. Bikin takajut!


Read more ...

29 June 2014

Sewa 4 panggung IMAX kerana dendam kepada bekas kekasih


Sewa 4 panggung IMAX kerana dendam kepada bekas kekasih | AkuStressLah


BEIJING: Seorang lelaki di China yang pernah ditinggalkan oleh teman wanitanya tujuh tahun lalu kerana dia miskin menyewa empat pawagam IMAX pada hari pertama tayangan Transformers untuk membuktikan kekasihnya itu tersilap.

Lelaki itu membelanjakan lebih kurang RM120,000 untuk sewa empat pawagam itu, lapor agensi berita AFP.
 "Hu Xiaoyun: Aku sangat miskin semasa kita di tahun empat di kolej pada 2007 sehinggakan aku hanya mampu beli dua tiket wayang," tulis lelaki itu di jaringan media sosial Sina Weibo. 
 "Semasa kau hendak ke Beijing kau kata aku akan tetap macam itu. 
 "Aku bekerja keras sejak tujuh tahun yang lalu kerana kutukan itu dan hari ini aku belanja separuh pendapatan bulananku untuk tempah semua kerusi di pawagam IMAX di Beijing pada 27 Jun. 
 "Aku hanya hendak beritahu mungkin pilihan kau pada masa itu tersilap."
Dalam mesejnya, lelaki itu juga menempelkan bukti penempahan tersebut serta tiga keping resit yang berjumlah 250,000 yuan. Dia juga menyeru pengguna Internet supaya menyebarkan mesejnya itu sehingga bekas kekasihnya nampak dan dia menjanjikan mereka tiket percuma.

Lelaki yang dikenali hanya dengan nama keluarganya, Wang, menggunakan nama di Chicken Run 1234 di Sino Weibo dengan gambar puak Na'vi dari filem Avatar sebagai imej profailnya.
Read more ...

Gambar Isteri Awie Teruk Dibelasah Tersebar

Macam-macam dunia artis sekarang ,ada gaduhla ada sedihla emm apapun ambil iktibar apa yang berlaku. Ikuti kisah nya dibawah:

3 gambar isteri seorang penyanyi rock negara lebam dibelasah tersebar di laman sosial.



Sebelum ini, rumors mendakwa penyanyi rock tersebut ialah Awie. Namun dalam rancangan Melodi 2 minggu yang lalu Awie menafikan dakwaan tersebut dan meminta bukti jika benar dakwaan terbabit.

Tetapi di akhir temubual dengan wartawan Melodi, Awie seakan-akan memberikan hint "masalah rumah tangga adalah hak saya. orang lain tak perlu tahu" 

Gambar Rozana Misbun lembam di bahagian muka tersebar dan dipercayai akibat dipukul oleh seseorang. Dan sumber mendakwa ia adalah bukti yang menunjukkan kejadian yang berlaku di hadapan sebuah bank pada 7 Jun yang lalu adalah benar dan bukan rekaan untuk menjatuhkan Awie
Read more ...

Ebby Yus Miliki Mercedez Benz Sport!



Setelah lebih tiga dekad bergelumang dalam dunia senisebagai pelakon, Ebby Yus kini mungkin sudah boleh menarik nafas lega dengan rezeki yang dikurniakan padanya. Walaupun kemewahan yang dimiliki Ebby Yus atau nama sebenarnya, Muhammad Yunus Abdul Rashid, 47, bukan dari bidang seni namun dia memperolehinya daripada titik peluhnya sendiri.






Ebby Yus yang kini bergelar usahawan membuktikan kegigihannya membawakan hasil dan buktinya, dia kini bergaya dengan memiliki kereta mewah edisi sport Mercedez Benz. Foto Ebby Yus disamping kereta sport berwarna putih dengan plat ABY444 itu kini tersebar di Internet.






Ternyata keazaman yang dimiliki oleh Ebby boleh dibanggakan apabila Restoran Adam Lai iaitu restoran yang menyediakan hidangan Cina Muslim yang terletak di Shah Alam, Sri Gombak dan Wangsa Melawati sentiasa tidak menang tangan menerima kunjungan pengunjung setia restoren tersebut. Walaupun begitu, khabarnya dia masih lagi aktif menerima tawaran di bidang seni yang telah diceburinya sejak 1983 itu.






Pelawak yang sering tampil dengan loghat negeri kelahirannya, Negeri Sembilan itu masih lagi bujang dan selepas ini pasti ramai yang akan memburunya apabila melihat kejayaannya kini sebagai usahawan. Tetapi semua hasil ini tidak akan datang tanpa usaha keras daripada Ebby Yus yang sudah biasa berniaga walaupun ketika sudah menjadi pelakon.



Dia sebelum ini pernah dilaporkan berniaga secara kecil-kecilan dengan berniaga petai walaupun setelah bergelar pelakon.
Read more ...

27 June 2014

Emma punca kemelut Zizan-Marina?

KEMELUT membabitkan Zizan Razak dan Marina Juki yang juga rakan kongsi serta pengurusnya kembali menjadi perhatian, setelah Zizan dikatakan membekukan dua akaun syarikat Wire Fame Entertainment Sdn. Bhd. (WFE), sehingga urusan pembayaran artis dan pekerja tidak dapat dilakukan.

Jika diimbas semula, kemelut membabitkan Zizan, Marina dan WFE mula hebat diperkatakan sejak awal Februari lalu.

Ia bermula dengan khabar angin Emma Maembong yang juga salah seorang artis di bawah pengurusan WFE disingkir pada bulan Februari lalu, kerana sering menimbulkan masalah kepada syarikat pengurusannya.

Kemudian diikuti perseteruan Zizan dan Marina yang menjadi perhatian ramai selepas ura-ura mula kedengaran bahawa Zizan bakal beralih ke bawah pengurusan Astro biarpun mempunyai syarikat pengurusan sendiri.
Zizan Razak
Tidak berakhir setakat itu sahaja, Zizan dan Marina memberi dua kenyataan berbeza apabila terdengar ura-ura Emma bakal disaman WFE kerana melanggar kontrak syarikat, diikuti pengakuan Zizan beralih di bawah pengurusan Astro tidak lama selepas itu.

Biarpun kedua-duanya menafikan berseteru, namun banyak pihak khasnya media menghidu kerenggangan hubungan Zizan dan Marina.

Terbaru, luahan rasa tidak puas hati melibatkan dua lagi artis di bawah naungan WFE iaitu Johan As'ari dan Kaka Azraff kerana bayaran gaji mereka tidak dapat dibuat selepas Zizan membekukan akaun.

Bagi menjelaskan kemelut yang melanda, Marina bersama peguamnya; Harjit Singh Sandhu dan Wan Nurliyana daripada Tetuan Harjit Sandhu bersama Sasha Lyna Abdul Latif dari Tetuan Sasha Lyna yang merupakan peguam syarikat WFE dan Azlan Karim juga juruaudit akaun WFE mengadakan sidang media di Holiday Villa Hotel, Subang, petang semalam.

"Saya sangat terkejut apabila mendapat tahu kedua-dua akaun syarikat dibekukan atas arahan Zizan ketika saya mahu mendepositkan cek pada awal Jun iaitu selepas seminggu Zizan mengeluarkan arahan membekukan akaun.

"Apatah lagi, Zizan langsung tidak berbincang mengenai hal itu dengan saya biarpun dia pemegang saham terbesar dalam syarikat.

"Lebih mengejutkan saya, apabila ada pihak menyampaikan kepada saya, Zizan mendakwa saya menyeleweng duit syarikat. Padahal penyata akaun bagi 2013 belum lagi dikeluarkan. Namun bagi penyata, akaun 2011 dan 2012, tidak ada sebarang masalah penyelewengan," katanya.

Marina berkata, selain Kaka dan Johan yang sudah membuat laporan polis mengenai perkara itu, dia juga sudah membuat laporan polis.

Tidak dapat menyembunyikan lagi kemelut yang melanda, Marina akhirnya mengakui bahawa hubungannya dengan Zizan berantakan semenjak bulan Februari lalu.

"Sebenarnya ada sedikit salah faham membabitkan saya dan Zizan, ketika kami bersama Emma serta beberapa individu lain berada di Amerika Syarikat pada Februari lalu.

"Balik sahaja dari bercuti, Emma menyatakan hasrat untuk berundur. Jadi dari satu salah faham, ia seperti berpanjangan kerana kami masih belum sempat untuk duduk berbincang.

"Saya agak sedih kerana saya dan Zizan sudah berkawan rapat sejak empat tahun lalu. Kami dah macam adik beradik dan kami jatuh bangun bersama.

"Tapi kerana salah faham itu, saya dan Zizan tidak bercakap sejak bulan Februari. Namun, saya harap hal ini dapat diselesaikan dengan segera," ujarnya sambil menahan sebak.


Selesai cara baik

Marina berkata, dia sudah menghantar surat kepada pihak bank bagi mendapatkan penjelasan mengapa akaun itu dibekukan tanpa mendapat persetujuan daripadanya yang juga pemegang 30 peratus saham syarikat.

Dia juga menanti kepulangan Zizan dari Jepun untuk menyelesaikan isu ini secara baik.

"Saya harap Zizan dapat luangkan masa  bertemu saya dan jelaskan beberapa perkara. Pertama mengenai pembekuan akaun syarikat.

"Kedua, saya minta Zizan tampilkan bukti andai benar saya membuat penyelewengan dalam syarikat dan ketiga, saya harap Zizan dapat jelaskan hasratnya sebelum ini yang mahu berundur sebagai salah seorang pengarah WFE.

"Saya tiada perancangan membawa perkara ini ke peringkat yang serius dan hanya berhasrat menyelesaikan dengan cara baik," akhirinya.
Read more ...

24 June 2014

Fesyen Terbaru Lisa Surihani 'Baru Keluar Dari Bilik Air?'


Siapa tak kenal Lisa Surihani isteri cantik kepada pengarah terkenal Yusri KRU. Pagi tadi menerusi fanpage Rotikaya, sekeping gambar Lisa Surihani dimuat naik dengan mengenakan fesyen pakaian yang agak pelik melalui pandangan gossipanas.

Salah seorang peminat berkata:

"Tak cantik la pakai mcm ni Lisa... macam baru keluar dari bilik air jee... fashion disaster!"



Apapun, Lisa tetap kelihatan cantik dan lebih berisi mengenakan fesyen tersebut. Semoga bahagia selalu dan ada khabar baik untuk seluruh peminat Lisa nanti
Read more ...

Hanez Suraya Tampil Dengan Skirt Putih Paras Peha Di KL Fashion Week


Hanez Suraya Tampil Dengan Skirt Putih Paras Peha Di KL Fashion Week - Wow! seksinya... Hanez Suraya sekali mengemparkan dunia hiburan apabila memuat naik beberapa keping gambar beliau di laman Instagramnya.

Beliau tampil dengan skirt putih paras peha yang sangat seksi ketika mempromosikan fesyen baju terkini pada Fesyen Show Kuala Lumpur [KLFW] baru-baru ini.

Tidak hairanlah si Romeo terpikat dengan kecantikan yang dimiliki oleh Hanez Suraya. Apapun mari saksikan beberapa keping gambar di bawah - Gossipanas.blogspot.com


Read more ...

Wajah Sebenar Mas Hidzhir Khan, Kekasih Lana Nordin Yang Super Kacak!


Wajah Sebenar Mas Hidzhir Khan, Kekasih Lana Nordin Yang Super Kacak! - Siapa tak kenal Lana Nordin atau nama sebenar Mazlina Hassan Nordin berumur 34 tahun, seorang artis yang sering menimbulkan kontroversi dunia hiburan.

Selepas kontroversi cintanya dengan Johan As'ari terputus ditengah jalan, terbaru menerusi Mstar Online hari ini, Lana Nordin memperkenalkan kekasihnya yang dikenali sebagai Mas Khan Aatau nama sebenar Mas Hadzhir Khan dan baru berusia 20-an.

Memang kacak kekasihnya ini, kata lana mereka masih diperingkat mengenali hati budi masing-masing. Takpelah Lana, mudah-mudahan cinta kedua-dua pasangan ini akan terus berkekalan hingga ke jinjang pelamin.

Jom saksikan gambar selanjutnya di bawah - Gossipartis.blogspot.com






Read more ...

Wajah Sebenar Bert, Kekasih Baru Nabila Huda Pemilik Restoran Kulkats Barrio Yang Kacak!


Wajah Sebenar Bert, Kekasih Baru Nabila Huda Pemilik Restoran  Kulkats Barrio Yang Kacak! - Sebelum ini Gossipanas ada menyiarkan beberapa keping gambar Nabila Huda bersama kekasih barunya namun hanya melalui pandangan sisi sahaja. 

Kali ini menerusi portal Astrogempak, sekeping gambar mesra telah dimuat naik oleh Nabila bersama kekasihnya yang dikenali sebagai Bert. Beliau merupakan seorang jejaka tampan yang juga pemilik restoran terkenal iaitu Kulkats Barrio di Taman Tun Dr Ismail [TTDI] Damansara.

Jom saksikan dua keping gambar mesra mereka di bawah...

Read more ...

23 June 2014

Biskut macam chipsmore untuk Hari Raya

Dah nak bulan puasa ni kan. Dah shoping baju raya ke belum? Mesti belum lagih kan, jarang yang shoping awal-awal termasuklah saya, campur plak duit tak lebat. Baju raya satu hal, kuih raya pun satu hal jugak. Kalau ikut  tahun-tahun lepas, kuih raya ni le yg juga memeriahkan hari raya nanti. Kekawan dah start buat biskut raya, kalau nak tempah kena awal ni takut tak sempat siap.


Biskut Ala-ala Chipsmore


Mesti korang suka makan chipmore tu kan. Paling murah harga kalau ada promosi rm2.50 ( kalau tak silap la - dah lama tak beli chipsmore ni ). Rasa coklat tuh kaw kaw. Saya suka kalau cicah air teh o petang-petang sambil... perghhh.


Kalau korang dah biasa dengan chipsmore tuh, apa kata korang boleh cuba biskut macam chipsmore gak tap ni buatan suri rumah muslim dan di jual secara online! Nak jadikan kuih raya pun boleh nih. Selain kita membantu sesama muslim - boleh cuba mencuba benda yang baru tahun nih, takde asyik-asyik biskut siput ajer.




Chocolate Chip Cookies (Canister)

*info lanjut biskut macam chipmore


Bekas letak biskut ni pun pro. Boleh tahan dari elak biskut ni pecah le ni kot - saya rasa jer sebab biskut ni akan di hantar melalui pos Malaysia. 2-3 hari dah boleh sampai rumah. Nampak macam ranggup tapi yang penting halal.


Kalau ada kelapangan tuh, usha-usha le biskut nih. Try test tengok antara banyaj-banyak biskut rasa, yang mana satu paling cepat habis. Biskut ni pun tahan lama.


Saya paling suka batang buruk - rasanya unik skit.

Read more ...