adsense 728x90


Recent Post
Showing posts with label Berita artis. Show all posts
Showing posts with label Berita artis. Show all posts

28 January 2014

Tak sangka menang vokal terbaik - Jac. Tahniah ya dari Fathia

SEWAKTU berlangsungnya Anugerah Juara Lagu Ke-28 (AJL 28), ramai yang menelah Hafiz Suip bakal menyambung legasinya sebagai penerima Anugerah Vokal Terbaik untuk kali yang keempat.
Namun, takhta penyanyi berusia 24 tahun itu akhirnya dikembalikan kepada Jaclyn Victor yang sebelum ini pernah menerima anugerah itu ketika mendendangkan lagu Ceritera Cinta bersama Lah VE pada AJL 22 beberapa tahun lalu.
Ternyata terkejut dengan anugerah tersebut, Jaclyn yang mesra disapa Jac begitu bersyukur dengan pengiktirafan yang diterimanya itu. Ikuti temu bual bersama Jac sejurus selepas tamat AJL 28 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam kelmarin.
Kosmo!: Tahniah Jac atas kemenangan anda menerusi anugerah Vokal Terbaik dalam AJL 28. Apakah perasaan anda apabila berjaya memecahkan legasi Hafiz setelah empat tahun dia menerima anugerah ini?

JAC: Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada juri-juri yang telah memilih saya sebagai penerimaan Anugerah Vokal Terbaik. Sejujurnya, saya langsung tidak menyangka bakal membawa pulang anugerah ini kerana peminat mengenali saya sebagai penyanyi yang gemar membawakan lagu-lagu balada. Justeru, apabila dipilih, saya begitu bersyukur.
Bagaimanakah anda membuat persiapan dari segi vokal menjelang AJL 28?
Saya tidak meletakkan apa-apa harapan terhadap anugerah ini, jadi persiapan yang dilakukan sama sahaja dengan persiapan-persiapan saya apabila memasuki pertandingan sebelum ini. Saya dan kawan-kawan yang lain cuma mahu bergembira di atas pentas dan menyanyi untuk peminat-peminat saya.
Bercakap mengenai penyertaan rakan-rakan anda di atas pentas, boleh ceritakan bagaimana tercetusnya idea membawa lima penyanyi untuk mengiringi lagu Ikut Rentakku?
Idea untuk membawa Salamiah Hassan, Dina Nadzir, Adibah Noor, Atilia dan Elvira Arul datang apabila saya dan komposer lagu, Edry Abdul Halim berbincang untuk menghasilkan klip video bagi lagu ini. Saya mahukan elemen yang ringan dan menghiburkan. Jadi, cadangan untuk membawa mereka menyanyi pun tercetus.
Apakah perbezaan menyanyikan lagu berentak rancak berbanding lagu perlahan?
Saya akui, menyanyikan lagu berentak perlahan lebih sukar berbanding lagu rancak, tetapi, lagu Ikut Rentakku ini menuntut saya menggunakan pelbagai teknik vokal yang sedikit berbeza. Jadi, saya gembira kerana ia dapat dilihat menerusi anugerah yang diberikan ini.
Adakah anda merancang untuk menyanyikan lagu-lagu berentak rancak selepas ini?
Saya bermula sebagai penyanyi kelab dan lounge, jadi saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk menyanyikan apa jenis lagu. Buat masa ini, saya menyerahkan segalanya kepada pihak pengurusan untuk menentukan hala tuju perjalanan album saya yang seterusnya.
Read more ...

05 January 2014

Anak Sultan Brunei bayar Mariah Carey hampir £1 juta

Bintang antarabangsa, Mariah Carey dibayar hampir £1 juta (RM5.4 juta) oleh anak pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah untuk mengadakan persembahan pada satu majlis peribadi.
Majlis berkenaan yang bertempat di sini diadakan untuk menyambut kedatangan tahun baharu 2014.
Carey, 43, berkata, dia dibayar sebanyak £910,000 (RM4.9 juta) oleh Putera Azim, 31, yang mengundangnya untuk menyanyikan tiga buah lagu popular termasuk Always Be My Baby pada acara tersebut baru-baru ini.

Penyanyi seksi itu bersama keluarganya diterbangkan dari Amerika Syarikat (AS) dengan sebuah jet peribadi dan menginap di hotel mewah milik agensi pelaburan Brunei, Harlequin Suite.
Hotel berkenaan mengenakan caj penginapan sebanyak £5,000 (RM26,954) untuk satu malam. - Kosmo
Read more ...

04 December 2013

Erma bayar Rabecca guna syiling 5 sen. mak aii dia..kenapa tu?

PELAKON dan pengarah terkenal, Erma Fatima telah membayar wang tuntutan daripada pelakon Rabecca Nur Al-Islam sebanyak RM11,200 dalam bentuk wang syiling 5 sen sehingga menimbulkan rasa kurang senang pelakon itu.

Rabecca dipetik sebagai berkata, mahu Erma membayar wang tuntutan itu dengan cara berhemah.

Difahamkan, Erma bukan sahaja membayar saman tersebut dengan menggunakan syiling malah turut memberikan senaskah al-Quran kepada Rabecca.

Dalam pada itu, Erma turut memberi komen di laman mikro Twitter mengenai tindakannya itu;



"Aiyoooooo! Takan pasal 5 sen I jadi gaduh! Tak salahkan kalau I nak bayar dia dengan duit apa pun asal I bayar.

"Adakah al-Quran yang selalu dijadikan hantaran kahwin satu sindiran? Saya mahu al-Quran jadi saksi pembayaran saya. Itu sahaja!" ujarnya.

Dalam perkembangan sama, tidak mahu isu ini berlarutan, Erma dilihat memadamkan beberapa foto di Instagram berhubung tindakannya ini.

Pada 8 November lalu, Rabecca berjaya memenangi kes tuntutan terhadap Erma Fatima apabila mahkamah mengarahkan Erma mengembalikan baki jumlah wang lakonan Rabecca menerusi drama 'Dejavu Di Kinabalu' sebanyak RM11,200 termasuk lima peratus faedah daripada bayaran selain membayar kos guaman kepadanya.
Read more ...

Jozan bakal pentaskan Jozan The Musical

WALAUPUN pernah tidak berjumpa selama setahun, Johan dan Zizan masih akrab dan serasi apabila bergabung sama seperti apa yang dilihat oleh masyarakat. Justeru, dakwaan kononnya mengatakan Jozan bergaduh, merupakan satu dakwaan yang dilihat sebagai satu fitnah yang ingin memecah-belahkan kedua pelawak tersebut.
Dakwaan seorang penerbit yang mengatakan Jozan sudah tidak sehaluan beberapa minggu lalu disangkal oleh Johan sekerasnya.
Bagaimanapun, ‘kehilangan’ Jozan dalam beberapa program seakan-akan menguatkan dakwaan tersebut. Apa yang pasti, Jozan punya alasan kukuh tentang ‘ketiadaan’ mereka muncul di kaca televisyen.
Ikuti temu bual Kosmo! bersama Johan yang ternyata kesal dengan dakwaan yang sama sekali tidak benar itu.
Kosmo!: Baru-baru ini muncul dakwaan tentang hubungan Jozan retak. Adakah kejutan di Akademi Fantasia 2013 (AF2013) baru-baru ini, merupakan cara Johan ingin berbaik semula bersama Zizan?

JOHAN: Kejutan tersebut bukan untuk memujuk dan berbaik semula. Namun hakikatnya, kami sudah setahun tidak berjumpa. Sebenarnya tidak timbul isu tentang kami bergaduh. Saya berjumpa dengan pihak Astro untuk beritahu yang saya memang mahu berjumpa dengan Zizan.
Sebenarnya, Zizan juga ada merancang untuk berjumpa dengan saya sewaktu saya bertanding dalam Super Spontan, namun kerana kesibukan dan komitmen terhadap AF2013 ketika itu, dia terpaksa batalkan. Sebab itu, kami akhirnya bertemu dalam final AF 2013.
Adakah ini bermakna, kalian terlalu sibuk dengan hal masing-masing sehingga tiada masa untuk berjumpa?
Dari segi kehidupan peribadi, sebenarnya saya jarang keluar kerana sering luangkan masa bersama keluarga di rumah. Berbeza dengan Zizan. Dia bujang dan bila-bila masa sahaja dia boleh keluar. Begitu juga ketika kami terbabit dalam Maharaja Lawak, saya jarang berjumpa dengan Zizan.
Namun, kami berjaya menghasilkan sesuatu yang baik ketika bersama walaupun jarang berjumpa. Itu yang merapatkan kami berdua kerana saya tahu dia mahu buat apa dan begitu juga sebaliknya. Itulah sebenarnya kekuatan Jozan.
Read more ...

27 November 2013

Putera William menyanyi bersama Bon Jovi

Pewaris kedua takhta diraja Britain, Putera William dan bintang pop Amerika Syarikat, Jon Bon Jovi serta Taylor Swift beradu tenaga menyanyikan lagu Livin On A Prayer di kediamannya, Istana Kensington kelmarin.
Trio berkenaan mendendangkan lagu klasik Bon Jovi itu pada penghujung majlis gala yang diadakan di istana berkenaan di sini untuk menyokong badan amal Centerpoint.
William, 31, merupakan penaung yayasan berkenaan.
Bon Jovi memulakan persembahan bersendirian dengan memetik gitar sebelum dia disertai oleh William dan Swift di pentas.

Bon Jovi

Mereka diiringi sorakan dan tepukan gemuruh daripada para hadirin.
"Malam seperti ini hanya berlaku sekali dalam seumur hidup," kata Bon Jovi kepada penonton.
Tangan macam dodoi baby jer.

William berehat semalaman daripada menjaga bayi lelakinya, Putera George yang lahir pada Julai lalu untuk menghadiri majlis tersebut.
Pada acara berkenaan, beliau turut menyampaikan anugerah kepada Bon Jovi kerana usaha gigihnya untuk membantu golongan gelandangan dan memerangi kemiskinan. - Kosmo
Read more ...

20 October 2013

Rihanna bertudung di UAE

ABU DHABI - Penyanyi terkenal, Rihanna mencuri tumpuan apabila dia menutup aurat dengan mengenakan hijab semasa mengunjungi sebuah masjid di Emiriah Arab Bersatu (UAE) kelmarin, lapor akhbar dalam talian MailOnline.Dia yang sering berpakaian separuh bogel dilihat memakai sut labuh berwarna hitam semasa bergambar di luar Masjid Sheikh Zayed di sini.Rihanna, 25, menyarung pakaian menutup aurat kerana menghormati cara berpakaian masyarakat Islam di negara Asia Barat itu.


Walaupun tampil bergaya sopan, bekas kekasih penyanyi Chris Brown itu tetap mencuri tumpuan dengan mengenakan gincu bibir dan pengilap kuku berwarna merah serta kalung emas.
Penyanyi kelahiran Barbados itu baru tiba di UAE sempena konsert jelajah Diamonds selepas membuat persembahan di Afrika Selatan.
Namun, portal hiburan RadarOnline melaporkan bahawa sejumlah peminatnya di Johannesburg, Afrika Selatan marah apabila Rihanna didakwa hanya menyanyi menggunakan teknik gerak bibir.
"Saya tidak rasa harga tiket berpatutan memandangkan tahap persembahan," kata seorang peminat, Nicole Contini. - Kosmo.

Read more ...

08 October 2013

Kereta Shanley Jimmy kena bakar

Kereta milik pelakon dan pengacara program Trek Selebriti, Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 33, ditemui dibakar hingga rentung hanya selepas beberapa jam kenderaan itu dilaporkan hilang di Simpang Pulai, di sini.Kereta model Chevrolet Optra itu didakwa dilarikan penjenayah malam kelmarin, ketika artis berkenaan pulang ke Ipoh untuk menghadiri majlis pengebumian seorang saudara terdekatnya.


Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Ng Kong Soon berkata, penemuan kereta hanya disedari orang ramai sekitar jam 7.30 pagi semalam apabila kenderaan itu ditemui terbakar berhampiran Batu 5 1/2, ladang kelapa sawit Kota Bahru, di sini.
Dia sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Nursuhaila Eliani Suhaimy pada 1 Oktober 2010 sebelum tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010, iaitu 20 hari selepas bernikah sebelum bercerai pada 10 Oktober 2012. 
Read more ...

06 September 2013

Isu serban Iqram Dinzly


PERUBAHAN imej dirinya yang lebih banyak mengenakan serban dalam penampilannya sejak akhir-akhir ini menjadikan pelakon Iqram Dinzly bahan bualan mulut banyak pihak terutama peminat dan para penggiat seni lain.
Persoalan tercetus sama ada dia telah membawa diri ke satu sisi lain untuk lebih menjiwai agama Islam atau cuba menarik diri daripada dunia hiburan?
Terdapat juga pihak tertentu yang mengaitkan dirinya dengan mendakwa dia telah menyertai parti politik tertentu.
Ikuti temu bual Kosmo! bersama pelakon drama Janji Diana itu pada majlis Aidilfitri Bersama Hotel Perdana di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.



Kosmo!: Bolehkah Iqram komen mengenai perubahan imej anda yang dikatakan agak Islamik seperti pemakaian serban melalui gambar-gambar yang dikongsikan di laman Instagram?
IQRAM: Sebenarnya, tidak ada jawapan khusus mengapa saya mengenakan serban ataupun lilitan di kepala kerana perkara ini datang dengan spontan.
Saya mula memakai serban sejak Ramadan tahun lepas lagi. Cuma, pada tahun ini saya pelbagaikan untuk seiring dengan fesyen.

Adakah ini petanda Iqram cuba tunjukkan bahawa diri anda sudah berubah ke arah yang lebih Islamik?
Saya kini cuba mendalami agama sebanyak yang boleh dan saya anggap perubahan ini seiring dengan usia yang semakin meningkat. Tidak ada apa yang pelik mengenai diri saya.
Serban ini hanya menukar sedikit sahaja daripada penampilan saya tetapi bukan diri saya secara keseluruhan. Saya tetap Iqram yang dulu. Pemakaian serban juga menjadi amalan nabi-nabi dan tidak ada salahnya untuk mempraktikkannya kembali dengan cara yang lebih moden mengikut pengedaran zaman.
Read more ...

Rita Rudaini sah bercerai talak satu

SEREMBAN – Konflik rumah tangga pelakon Rita Rudaini Mokhtar dengan suaminya, Mohd. Aidil Zafuan Abd. Razak berakhir semalam selepas Mahkamah Rendah Syariah di sini mengesahkan lafaz cerai talak satu yang dibuat pemain bola sepak itu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 4 Ogos lalu.



Hakim Syarie Hamizan Mohd. Nor membuat keputusan tersebut selepas berpuas hati dengan keterangan pasangan berkenaan berhubung lafaz cerai yang dibuat Mohd. Aidil Zafuan melalui SMS.
Dalam prosiding itu, Mohd. Aidil Zafuan, 26, memberitahu mahkamah dia menghantar SMS tersebut kepada Rita Rudaini, 37, antara pukul 4 hingga pukul 5 petang pada 4 Ogos lalu.
Katanya, dia menghantar SMS tersebut dalam keadaan sedar dan waras tanpa dipengaruhi sesiapa.
Read more ...

26 August 2013

Tiga deejay radio Era FM minta maaf

KUALA LUMPUR – Tiga deejay radio Era FM, Johan, Haniff dan Ray semalam mengemukakan permohonan maaf mereka menerusi segmen JoHaRa Pagi Era gara-gara komen negatif mereka yang menyatakan bahawa pasukan bola sepak Sarawak menjadi juara Liga Perdana kerana bermain dalam liga 'cap ayam'.
Read more ...

19 July 2013

Buat Duit Online Sambil Belajar Untuk Mahasiswa

Buat Duit Online Sambil Belajar – Teringat saya sewaktu masa belajar. Ketika itu talian internet tidak seperti sekarang. Sekarang sudah ada talian tetap streamyx yang berkelajuan tinggi hingga 4MB dan boleh lagi tinggi jika mahu iaitu mengggunakan Unifi. Dan kemudian ada juga wifi dan juga broadband yang boleh digunakan dimana mana. Tetapi saya pasti dulu hingga kini walau ada bezanya tetapi ada satu benda yang tetap sama iaitu mahasiswa memerlukan wang untuk berbelanja. Betul tak.

Read more ...

02 July 2013

Benjy didakwa miliki dadah jenis syabu

AMPANG: Pelakon Benjy yang pernah didakwa kerana memiliki dadah pada 2010, bersama lima lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan memiliki 4.7 gram dadah jenis syabu, minggu lalu.
Read more ...

21 June 2013

Sila buat persembahan di final China Idol

Apabila Shila Amzah mengatakan dirinya terseksa dan bagai berada di kem tahanan tentera apabila ditanya mengenai kehidupannya di Shanghai, China, tentulah ia mengundang kejutan buat sekumpulan wakil media yang menemubual penyanyi berkenaan, baru-baru ini. Bukan bercakap kosong, tetapi anak gadis artis serba-boleh, ND Lala, itu turut mengaku berat badannya turun gara-gara situasi dialaminya.

"Sha akui tertekan berada di sana. Ada ketika Sha menangis kerana tidak tahan menghadapi cabaran berada di perantauan. Perkara ini berlaku kerana pihak pengurusan di sana, Shanghai Media Group (SMG), begitu tegas mengawal perjalanan seni Sha. Mereka mahu Sha menjadi artis antarabangsa berkarisma. Sebab itulah mereka sangat tegas dengan soal penguasaan bahasa Mandarin, dan paling utama, penampilan fizikal.


"Mereka berkata, tubuh Sha sebelum ini sangat berisi. Mereka mahu Sha turunkan berat sebanyak 10 kilogram (kg). Ketika itu berat Sha 62 kg dan dalam masa hampir sebulan, Sha berjaya menurunkan sebanyak 4 kg. Kini Sha berusaha untuk menurunkan sedikit lagi, sehingga mencapai berat yang dimahukan," kata penyanyi yang senang membahasakan dirinya Sha.

Shila pulang ke Kuala Lumpur selama dua minggu untuk menunaikan tanggungjawab kerja yang sudah dimeterai sebelum ini.

Buat persembahan di final China Idol

Selain menjaga pemakanan dan bersenam di gimnasium, penyanyi Patah Seribu ini juga giat mempelajari bahasa Mandarin untuk memudahkannya berkomunikasi bersama peminat di sana.
"Untuk percakapan seharian, Sha rasa sudah OK. Cuma, untuk temubual di kaca TV, ia memerlukan nahu yang betul, jadi Sha masih lagi belajar dengan tutor peribadi.

"Sha diberi masa dua bulan untuk menguasai bahasa itu sebelum membuat persembahan pada malam final China Idol, yang dijangka berlangsung penghujung Ogos nanti," ceritanya lagi.

Read more ...

02 May 2013

Kisah Abang Jep Sepah

SEGENGGAM duit syiling pernah menjadi bantuan saat akhir Jep ketika kelaparan sewaktu mula-mula melangkah masuk ke dalam arena seni lima tahun lalu.Lawak hambar bersama dua anggota kumpulan Sepah ketika itu iaitu Shuib dan Mamat pula penawar paling mujarab mengubat rasa putus asa bergelar penghibur.
Ujar Jep, 28, atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri Zainal Abidin, dia dan dua teman serumahnya merangkap anggota bersekutu kumpulan Sepah terpaksa mengikat perut demi menyara kehidupan pada awal waktu menjadi artis.

“Saya pernah hampir berputus asa, hati ini mahu saja pulang semula ke kampung di Kulai, Johor. Bagaimanapun, saya bangkit dan membulatkan tekad serta yakin bahawa Allah sentiasa ada bersama dan tiada perkara yang mustahil dilakukan dalam hidup,” kata Jep membuka bicara.
Dia yang ditemui sewaktu mencuri sedikit masanya yang sibuk dengan sesi rakaman program popular Karoot Komedia X musim kedua di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur kemudian melanjutkan cerita.

Katanya: “Ketika mula-mula bergelar artis kami tiada mentor untuk membuat rujukan atau meminta pertolongan. Sejujurnya kami terumbang-ambing dan pernah suatu ketika kami bertiga mengumpulkan saki-baki duit syiling yang ada untuk membeli nasi selepas seharian berlapar.
“Alhamdulillah, proses itu perlahan-lahan mendidik saya dan saya selesa dengan kedudukan sekarang. Saya tidak perlu terbang terlalu tinggi kerana takut terlupa cara mahu turun.”

Pemain bola sepak

Jelas Jep, realitinya, permulaan Jep sebagai pelawak bertitik-tolak daripada rasa tercabar dengan teman-teman sekerja ketika bertugas sebagai krew di bahagian bagasi penerbangan tambang murah ketika awal usia 25 tahun.“Takdir mungkin mengubah angin hidup saya. Saya tidak pernah terfikir atau memilih kerjaya sebagai pelawak, tapi jalan hidup saya berlaku secara kebetulan.

“Saya mahu jadi pemain bola sepak sebenarnya selepas tamat sekolah, tapi apabila gagal menyarung jersi pemain kebangsaan dan sasaran saya tidak tercapai, saya kecewa!,” ceritanya.Dia kemudian memulakan sebuah kehidupan di Kuala Lumpur dengan bekerja sebagai pencuci mesin.“Kerjaya saya di Kuala Lumpur bermula sebagai pencuci mesin selama tiga tahun sejak berumur 18 tahun di NSTP (The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad). Kemudian saya berpindah ke syarikat penerbangan tambang murah selama tiga tahun sehingga saya dicabar oleh rakan-rakan untuk mencuba nasib dalam uji bakat Raja Lawak musim ketiga.

“Apabila ditawarkan menyertai Raja Lawak, saya dalam dilema sebenarnya. Keluarga tidak menentang, tapi ayah saya tidak menyokong,” ujar Jep menyusur kembali zon masa silamnya beberapa tahun ke belakang.
Berbicara mengenai keperitan sebagai pelawak kata juara Maharaja Lawak 2011 itu, dia berterima kasih kepada Astro Warna yang telah membekalkan platform khusus kepada pelawak yang sebelum ini hampir dipandang sepi.Malah kata Jep, untuk berjaya dalam dunia pelawak, resipinya terletak intipati lawak setiap kali membuat persembahan.“Pelawak boleh kekal lama asalkan lawak yang dibuat bukan pada fizikal semata-mata tapi juga dengan perkataan yang mengandungi unsur-unsur nasihat.“Pengetahuan mengikut peredaran zaman adalah perlu dan kepelbagaian harus ada untuk melawak,” kongsi Jep.

Sensitiviti

Lawak yang mempunyai dwi makna dan perlakuan yang menyerupai wanita mengajar Jep untuk lebih berhati-hati. Jep mengakui kesilapan lampau dan cuba mencatur langkah dengan lebih berwaspada.“Lawak double meaning adalah universal dan sebagai pelawak tugas kami adalah memberikan hiburan. Apabila orang tidak suka saya akan ubah dan lawak sebegitu bukan senjata untuk melawak walaupun dalam niat mahu memuaskan hati penonton.“Saya banyak terima teguran apabila berpakaian wanita dan saya akui hukumnya haram. Selepas ini saya akan lebih mengambil berat dan jika karakter itu menuntut saya menjadi wanita, saya hanya akan ambil syarat saja tapi tidak akan berpakaian wanita lagi selepas ini.

“Perkara itu mungkin tidak keterlaluan kerana menyampaikan pengajaran dan orang tahu itu saya. Kenapa orang tidak pandang nasihat sebaliknya pakaian saya?“Apapun, salah tetap salah dan selain lawak slapstik, ada banyak alternatif melawak. Semua orang belajar daripada kesilapan dan saya jadikan ini pengajaran masa hadapan,” kata Jep.

Read more ...