adsense 728x90


Recent Post

25 May 2014

MAWAR FAREEDA BAKAL LELONG RIBUAN TUDUNG MILIK PERIBADI? - See more at: http://www.utaranews.com/2014/05/mawar-fareeda-bakal-lelong-ribuan.html#sthash.ZCu0ESLs.dpuf

Pelakon kacak Fizo Omar mendedahkan isterinya, Mawar Abdul Karim (Mawar), menyimpan ribuan helai koleksi tudung Fareeda. Menurut Fizo, setiap hari Mawar yang juga merupakan duta jenama tudung tersebut akan memakai tudung baru rekaan jenama perniagaan milik keluarga wanita itu. "Mawar ada simpan beribu helai tudung dalam almari di rumah. Kalau dia dah pakai satu-satu tudung tu, dia tak akan ulang-pakai lagi. Itu juga sebagai satu promosi untuk jenama Fareeda. 

Mak mertua saya akan buat rekaan dan Mawar bertanggungjawab memakai tudung tersebut sebagai promosi. Jadi memang setiap hari dia akan pakai rekaan baru. Memang koleksi tudungnya sekarang dah beribu tersimpan dalam almari di rumah kami. "Bukan tak mahu jual tudung-tudung tersebut, tapi Mawar ada cakap yang dia rasa tak sedap hati nak jual ataupun nak bagi pada orang sebab dia dah pakai tudung tu walaupun hanya sekali. 

Dia rasa tak manis bagi barang yang dia dah pakai kepada orang lain. Disebabkan dah terlalu banyak, saya ada sarankan supaya jual saja. Sekarang saya tengah cuba puJuk dia untuk buat pre-love (jual dengan harga rendah). Tapi soal harga tu, belum ditetapkan lagi. Dan tak tahu lagi sama ada dia setuju atau tidak", kata Fizo Omar yang juga berkata tidak akan memaksa Mawar sekiranya isterinya itu tidak bersetuju. Pemilik nama sebenar Wan Hafizol Wan Omar, 29, berkata demikian ketika ditemui pada sidang media sidang media rombongan artis popular bersama penerbangan Air France keempat ke Paris tajaan Raflesia, bertempat di hotel Park Royal, Kuala Lumpur semalam. 

Tambah Fizo lagi, dia bersyukur kerana meskipun perniagaan milik mertuanya itu terpalit dengan isu kontroversi beberapa bulan lalu, namun masih ramai pelanggan yang menjadikan Fareeda sebagai pilihan hijab utama mereka. Malah dia gembira apabila ramai wanita terdiri daripada remaja dan dewasa yang menjadikan isterinya sebagai inspirasi dari segi pemakaian tudung. ""Alhamdulillah, Fareeda sekarang sudah ada 8 cawangan. Saya gembira bila ramai pelanggan, kalau mereka beli tudung Fareeda, mereka akan muat naik gambar di Instagram juga Facebook dan tagkan sekali pada Mawar. 

Sekarang ni asalkan Mawar muncul saja di mana-mana acara hiburan atau majlis koporat, peminat akan terus menamakan tudung yang dipakai Mawar sempena nama acara berkenaan. "Misalnya, kalau saya bawa dia ke Anugerah Meletop, nanti adalah keluar nama tudung, 'Tudung Meletop' dan sebagainya. Selain itu baru-baru ini ada seorang remaja yang menunjukkan kreativitinya mengubah tudung bawal yang dipakai dijadikan fesyen tudung Fareeda. Bagi saya remaja itu kreatif. Bukan sebaliknya seperti isu baru-baru ini yang mana hasil rekaan kami diciplak oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Read more ...

20 May 2014

Sekitar Majlis Resepsi Perkahwinan Anak Perempuan DS Anwar Ibrahim (6 Gambar)

Sabtu lalu telah berlangsung majlis resepsi perkahwinan anak perempuan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Iman yang mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya, Feirdhauz.
2

Nurul Iman merupakan anak kelima Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Majlis resepsi bertemakan mainan warna pastel ini dihadiri sanak saudara kedua belah mempelai serta kakak sulung Nurul Iman, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah.

2





2



2



2



2

Read more ...

Gambar Anzalna Nasir Kelihatan Seperti Patung Barbie

Gambar Anzalna Nasir kelihatan seperti patung Barbie - Apa yang anda nampak tentang sekeping gambar di bawah? Anzalna Nasir nampak seolah-olah seperti patung doll yang kelihatan begitu cantik dan jelita. Pandai sungguh pelakon ini membuat pemilihan pakaian yang bersesuaian dengan dirinya.

Tahun lepas, pelakon dan pengacara popular, Rozita Che Wan pernah berkongsi beberapa keping gambarnya memakai baju Barbie. Ternyata, Anzalna lebih real berbanding isteri Zain Saidin itu kalau bergambar macam patung samada doll atau barbie.




Read more ...

Aksi gedik Lana Nordin dan Zarina Anjoulie buat peminat muntah

Aksi gedik Lana Nordin dan Zarina Anjoulie buat peminat muntah - Nampaknya penampilan terkini Lana Nordin dan Zarina Anjoulie telah membuat ramai peminat mereka di laman Instagram hampir muntah dan terasa geli.

Bukan kerana aksi Lana Nordin yang menjadi penyumbang utama tetapi kerana gaya penampilan Zarina yang dikatakan terlalu overterutamanya make-up pada mukanya. Ada antara peminat yang tersalah pandang hingga menyangkakan Zarina adalah Jehan Miskin yang dipakaikan make-up ala-ala pondan.

Apapun bagi admin, kedua-dua aktres ini memang cantik dan cukup menarik perhatian. Lana Nordin tetap dengan daya tarikannya kepada jejaka di luar sana.







View the original article here

Read more ...

Mawar Fareeda Bikin Kecoh Lagi Sindir Pelanggan

Rasanya ini bukan pertama kali pembaca dengar cerita pasal admin Mawar Fareeda Fanpage dikatakan kurang ajar dan suka menyindir pelanggannya. Perkara ini pernah juga terjadi sebelum ini dan Mawar pernah minta maaf kerana komen yang diberikan itu bukan datang dari dia.

Tapi baru-baru ini, admin fanpage tersebut telah menyindir seorang pelanggan di dalam akaun facebook tersebut.

Dalam komen tersebut, pelanggannya mengadu tag jenama Fareeda sering terkeluar walaupun baru pertama kali memakainya, namun dibidas oleh admin akaun tersebut dengan menyindir seperti tidak percaya dengan masalah pelanggannya itu dan memberitahu jika dikikis dengan pisau pun tak mungkin tag mereka terkeluar

Wah nampaknya, admin Mawar duta produk Fareeda ini tidak serik lagi setelah beberapa kali ditegur dan sikapnya itu dianggap tidak menghormati hati dan perasaan pelanggan.

Sepatutnya dalam situasi ini admin Fareeda harus lebih bersabar melayan pelanggan kerana bak kata pepatah orang putih, "customer always right"bukan? Kenalah jaga kredibiliti jenama Fareeda itu sendiri. Kalau tidak, peminat pun lari. Ye tak?




Read more ...

19 May 2014

Gambar wajah sebenar Siti Rohana, adik pelakon Siti Saleha tersebar

Gambar wajah sebenar Siti Rohana, adik pelakon Siti Saleha tersebar - Rupanya pelakon terkenal yang cantik dan jelita, Siti Saleha mempunyai seorang adik perempuan yang amat menawan bernama Siti Rohana. Usianya masih muda namun nampak matang dan memiliki karakter ceria.

Raut wajah Siti Rohana dilihat lebih anggun dan memikat berbanding Siti Saleha kerana mempunyai bentuk muka yang agak tembam dan putih mulus.

Kalau ada jejaka di luar sana yang berkenaan dan menaruh hati, boleh cuba peluang ini untuk memikatnya. Mari layan beberapa keping gambar Siti Rohana di bawah.







Read more ...

Kongsi Gambar Nelydia Sedang Tidur, Qi Razali Dikritik Dan Dinasihat Kahwin Cepat

Sekali pandang, rasanya tak ada apa yang salah dengan gambar dikongsikan oleh Qi Razali di laman Instagram miliknya petang semalam.
2

Jika ada yang perasaan, gambar tersebut hanya menunjukkan Nelydia Senrose sedang tidur bersama seorang kanak-kanak lelaki dan Qi menyelitkan kapsyen, 'Awwww…what a sight…Ciri2 keibuan… :)'

Tetapi, terdapat pula segelintir pengikut Qi yang melihat ianya sebagai satu kesalahan dan menganggap tidak manis untuk pengacara Kokolog itu berkongsi gambar sedemikian.

Ada yang beranggapan, Nelydia berbaring di atas perut seseorang dipercayai Qi. Wah, tajam sungguh pemerhatian peminat.





2

Disebabkan itu, ramai juga yang menasihati Qi untuk segera mengahwini Nelydia bagi mengelakkan fitnah.

2

Namun demikian, Nelydia kemudiannya membalas komen-komen tersebut dengan menyatakan peminat hanya memperbesarkan isu berkenaan sedangkan tiada apa yang berlaku.

2

Dalam masa yang sama, seperti biasa ramai juga peminat yang menganggap gambar berkenaan sebagai sesuatu yang 'sweet' dan tidak sabar ingin melihat anak-anak Qi dan Nelydia sendiri suatu hari nanti. -OhBulan
Read more ...

Siti Saleha Dedah Wajah Kekasih Baru [Gambar]



Pasti ramai yang sudah menghidu kisah cinta pelakon popular Siti Saleha dan kekasih barunya yang juga berdarah kacukan seperti heboh diperkatakan ramai ketika ini.

Malah pelakon berdarah kacukan Melayu-Inggeris yang menempa nama menerusi drama bersiri Nora Elena dan filem Kerat 14 ini tidak menyorokkan teman lelakinya itu daripada pihak media dan peminat.

Justeru, tidak hairanlah, kehadiran Saleha, 24, dan kekasihnya itu mencuri tumpuan lensa jurugambar pada majlis persandingan Produser filem Kerat 14, Harvinder Uppal dan pasangannya, baru-baru ini.

Ketika ditemui, Saleha yang juga adik kepada vokalis kumpulan Bunkface ini mengakui jejaka berdarah kacukan itu adalah teman lelaki istimewanya.

"Inilah teman lelaki baru saya. Saya tiada masalah untuk bergambar tetapi dia ini sebenarnya seorang yang sangat pemalu dengan media.

"Kami sudah berkawan rapat selama 10 bulan dan dia bekerja di bahagian kewangan. Maaflah saya tidak dapat komen lebih-lebih mengenai dirinya malah juga namanya buat masa ini.

2





"Setakat ini, hubungan kami berjalan lancar dan masih dalam proses mengenali jiwa masing-masing. Kami juga belum ada perancangan untuk berkahwin buat masa ini," katanya.

Saleha pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pemain bola sepak iaitu penjaga gol pasukan Sabah yang juga adik pelakon Sharifah Sofea, Syed Adney Syed Hussein tetapi hubungan itu akhirnya terputus di tengah jalan.

Menyusul selepas itu, dia menjalinkan hubungan pula dengan seorang jejaka inggeris, Robin Coenraad tetapi ia hanya bertahan seketika kerana tiada persefahaman.

Majlis persandingan Harvinder yang juga Penerbit Eksekutif White Merpati Entertainment dan pasangannya Rajwant Kaur Sandhu berlangsung di Ideal Convention Centre, Selayang.

Harvinder adalah anak sulung kepada produser filem Akhirat lakonan Vanidah Imran iaitu S Baldev.

Majlis persandingan turut dimeriahkan dengan kehadiran barisan artis seperti produser Skop Production, Datuk Yusof Haslam; pelakon veteran A Galak, Fouziah Gous dan suaminya, Mohd Zhafran Yusuf, Aznah Hamid dan Sheera Iskandar.

Tidak ketinggalan, pengarah filem Kerat 14 yang juga anak S Baldev, Arjin Uppal.

Serah pada penilaian peminat

Mengenai pencalonannya pada Anugerah Bintang Popular BH 2013 (ABPBH 2013), Saleha hanya menyerahkannya pada penilaian peminat.

Pada edisi ABPBH kali ini, dia dicalonkan dalam tiga kategori iaitu Pelakon TV Wanita Popular, Pelakon Filem Wanita Popular dan kategori online, Gandingan Serasi Di Layar bersama Zizan Razak.

Secara peribadi, Saleha bersyukur kerana memiliki kelab peminat yang sentiasa menyokong kerjayanya sampai hari ini.

Setakat ini, dia memiliki seramai 10,000 ahli kelab peminat dan 700,000 pengikut dalam laman sosial Facebook.

"Kalah atau menang semuanya terpulang kepada kelab peminat yang bekerja keras untuk mengundi selama ini. Apapun, rezeki semuanya ketentuan Tuhan.

"Insya-Allah, kalau ada rezeki, sayalah yang paling gembira di dunia ini, tetapi semuanya bergantung pada keputusan pengundi. Sebagai artis, saya cuma boleh berdoa dan harap yang terbaik," katanya.

Dalam perkembangan lain, kata Saleha dia juga sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri 13 episod, Manis untuk saluran Astro Ria.

"Saya pegang watak akauntan iaitu Anis yang bekerja di Bakery Shop Manis dan terus jatuh cinta dalam bidang itu. Anis juga bekerja di situ untuk menyelamatkan Bakery Shop Manis dari jatuh bankrap.

Barisan pelakon lain yang turut memantapkan cerita ini ialah Sasqia Dahuri, Nabil Abdul dan Akmal Ahmad," katanya. Manakala, projek filem barunya pula ialah Upin Ipin The Movie terbitan KRU.- HarianMetro
Read more ...

SHILA HAMZAH DEDAH AIB DAN KISAH PANAS KEKASIH LAMA

Siapa yang tak merasa bangga dengan kejayaan anak Malaysia seperti Shila Amzah yang telah berjaya mengharumkan nama negara di Tanah Besar China menerusi bakat nyanyian yang 'superb'. Malah kejayaan dan usaha keras yang ditunjukkan Shila sejak mula menceburi bidang seni mungkin boleh dijadikan sebagai contoh buat para selebriti di luar sana. 

Bagi yang ingin mengenali Shila, 24, dengan lebih lanjut, boleh menonton video yang disertakan di bawah ini. Memang tabiklah dengan Shila, demi mencuri hati peminat dan penduduk China, dia berusaha belajar berkomunikasi dalam bahasa Mandarin. Itulah orang kata, masuk kandang kambing mengembik, masuk ke dalam kandang kerbau menguak. Namun, ada sesuatu daripada temuramah itu yang menarik minat penulis. 

Pada minit ke-19, penonton disajikan dengan pengalaman cinta Shila di mana anak gadis ND Lala itu tanpa segan silu menceritakan pengalamannya bercinta dengan 'bad boy'. Shila berkongsi cerita, bekas teman lelakinya pernah mengongkong kehidupannya malah mengakui dia pernah buta kerana cinta suatu ketika dulu. 

Kalau diikutkan, aktor popular Sharnaaz Ahmad merupakan bekas kekasihnya yang diketahui oleh semua pihak. Namun, tak tahu la pulak, kalau individu yang dikatakan Shila mungkin berkaitan dengan bekas-bekas teman lelakinya selain daripada Sharnaaz. Apa-apa pun, buat Shila teruskan impian serta fokusnya untuk terus melebarkan sayap di China dan jangan lagi jatuh hanya disebabkan hal cinta ya
Read more ...

ZIZAN BUBAR SYARIKAT KERANA HASUTAN EMMA ?

Pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak telah mengambil keputusan untuk membubarkan syarikat pengurusan Wireframe miliknya sebaik sahaja menandatangani kontrak lumayan dengan Astro baru-baru ini. Namun begitu, berita mengenai pembuburan ini masih belum muktamad memandangkan Zizan Razak rakan kongsinya iaitu Marina Juki sedang dalam proses membahagikan hak dan melantik peguam bagi meneliti segala hal berkaitan perundangan. Tindakan itu turut menimbulkan spekulasi bahawa keputusan Zizan membubarkan syarikat Wireframe dikatakan diambil atas faktor hasutan teman wanitanya iaitu Emma Maembong. 

Bagaimanapun, pelakon muda tersebut menafikan dakwaan tersebut dan menganggap ianya sebagai mengarut dan tidak masuk akal. Ada yang mengatakan punca pembubaran itu disebabkan perbalahan yang berlaku antara Zizan dan Marina sejak dua bulan lalu ekoran sikap Marina yang suka mengongkong berkaitan soal peribadi termasuk kisah cintanya dengan Emma Maembong. 

Sikap Zizan yang tidak mahu dikongkong orang lain dikatakan menjadi penyebab dua rakan kongsi itu mahu mengambil haluan masing-masing dengan cara baik dan tidak tergesa-gesa.
Read more ...

16 May 2014

Astro ‘ikat’ Zizan, Beri Kontrak RM2 Juta?

Sebelum ini, kami pernah menyiarkan mengenai desas-desus yang mengatakan pelakon dan pengacara Zizan Razak bakal mengikat kontrak bernilai RM2 juta bersama pihak pengurusan Astro. 

Bagaimanapun, ketika itu dia belum membuat sebarang pengesahan kepada media kerana masih belum dihubungi pihak berkenaan. 

Ha, nampaknya kali ini ia bukan sekadar khabar angin sahaja! 

Zizan kini sah berada di bawah pengurusan Astro dan ia diakui oleh pelakon itu sendiri menerusi Berita Harian. 

Katanya, dia mengharapkan kerjayanya akan lebih bagus kerana sudah diuruskan oleh pihak yang lebih profesional. 

"Saya juga akan sama-sama berbincang untuk memantapkan lagi kerjaya saya dalam semua bidang yang diceburi," ujar kekasih kepada Emma Maembong itu. 


Secara tidak langsung, Zizan kini sudah melangkah keluar dari syarikat lamanya iaitu Wireframe yang masih akan terus beroperasi seperti biasa. 

Itulah yang dinamakan rezeki datang bergolek…
Read more ...

15 May 2014

Gambar Panas Scha Al-Yahya

Majlis ulangtahun ke-10 Majalah Glam telah berlangsung malam tadi secara gilang-gemilang dan turut dihadiri ramai artis terkenal seperti Nurul Wahab, Rossa, Atilia, Chef Wan, Ning Baizura dan ramai. 

Bagaimanapun, antara penampilan yang paling menarik perhatian peminat ialah fesyen pakaian yang digayakan oleh isteri Awal Ashaari iaitu Scha-Alyahya yang dikatakan kurang sesuai untuk wanita yang sedang hamil. Benarkah? 


Read more ...

Gambar Cik Ta Intim Di Paris

Dalam salah satu gambar percutian Rozita Che Wan dan Zain Saidin ke Paris yang telah Nara kongsikan baru-baru ini, memang ada sekeping gambar yang menunjukkan aksi Zain mencium isterinya, Che Ta. Walaupun diselindung oleh topi milik Che Ta, aksi ini telah mendapat reaksi yang berbelah bahagi daripada para pengikutnya di Instagram.



Seperti biasa ada 2 belah pihak yang memberikan komen. Satu pihak mengeluarkan pendapat yang aksiini tiada apa-apa kerana Che Ta dan Zain adalah suami isteri. Dan satu lagi pihak melahirkan rasa kurang senang kerana adegan bercium ini agak melampau dan seolah-olah ingin menunjuk-nunjuk kebahagian yang sedang dikecapi. Menarik juga membaca komen-komen yang ditulis oleh para pengikut Instagram Che Ta ini.


Bagi Nara, gambar dengan aksi sebegini lebih baik disimpan untuk tatapan peribadi. Kalau gambar jalan pegang tangan, masih okay lagi untuk dikongsi di Instagram. Namun Che Ta dan Zain pasti ada sebab mereka yang tersendiri. Sementara itu kita sebagai pemerhati, bolehlah beri pendapat masing-masing tapi janganlah sampai bergaduh.
Read more ...

13 May 2014

Diva Berjanggut Tidak Hirau Pandangan Negatif

alt
 
VIENNA 12 Mei - 'Diva' berjanggut, Conchita Wurst yang memenangi Pertandingan Eurovision kelmarin kini dikenal di seluruh dunia bukan saja kerana suaranya yang lunak, malah disebabkan pendiriannya berhubung isu yang sarat dengan kontroversi.
 
Terkenal dengan pakaian glamor dan rambut panjang yang digandingkan dengan janggut, pondan bersifat lemah-lembut itu yang mewakili Austria memikat hati peminat di seluruh Eropah dengan persembahan ala bintang klasik Shirley Bassey ketika pertandingan di Copenhagen itu malam kelmarin.
 
Bagaimanapun, pengkritik - terutama di Eropah Timur dan Russia - menyelarnya sebagai sesuatu yang menjijikkan malah mendesak supaya Wurst disingkirkan.
 
Namun itulah sebenarnya yang ingin dicapai Wurst, 25 , atau nama sebenarnya Tom Neuwirth, iaitu menggunakan suaranya bagi menyebarkan mesej toleransi.
 
"Memang saya sengaja mencipta watak ini untuk membuktikan kepada masyarakat dunia bahawa kita boleh melakukan apa saja yang diingini.
 
"Selagi tidak menyakitkan sesiapa, buatlah apa yang anda mahu," katanya di sidang media di Copenhagen semalam.
 
Dalam laman webnya, Conchita menggambarkan dua wataknya itu sebagai individu berbeza dengan kisah tersendiri, namun ingin menyampaikan mesej supaya manusia lebih mengamalkan toleransi dan menentang diskriminasi.
 
"Malah itu juga sebabnya saya memilih nama berkenaan," katanya.
 
Menurut Conchita, namanya diilhamkan daripada perkataan bahasa Jerman, es ist wurst (bererti 'ia tidak penting').
 
Conchita lahir pada 6 November 1988 dan terkenal di Austria sejak mengambil bahagian dalam rancangan Starmania pada 2006.
 
Dia juga pernah menyertai kumpulan muzik bersama beberapa rakan namun gagal mencapai populariti sebelum mencipta personaliti Conchita pada 2011 dan mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan sebelum akhirnya terpilih mewakili Austria 2014.
 
Conchita juga terkenal di Austria walaupun negara itu lebih konservatif berbanding di negara Eropah lain.
 
Malah, media tempatan menunjukkan sokongan terhadapnya selepas wakil Armenia ke Eurovision Aram MP3 mendakwa gaya hidup Conchita sebagai 'tidak normal".- AFP
Read more ...

Liyana Jasmay Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

alt

Pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay, 26, selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.9 kilogram pada pukul 7.40 malam, semalam.
 
Ibunya, Datin Habsah Simpon berkata, Liyana yang kini berada di Pusat Perubatan Prince Court dekat sini, bersalin secara normal dan kini berada dalam keadaan baik. 
 
"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar Liyana dimasukan ke Pusat Perubatan Prince Court pada Ahad kerana sudah ada tanda-tanda untuk bersalin. 
 
"Kira-kira pukul 7.40 malam Isnin dia selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.9 kilogram secara normal," katanya kepada mStar Online melalui aplikasi Whatsapp, di sini, Isnin. 
 
Tambahnya, buat masa ini Liyana masih belum memberitahu nama yang dipilih untuk diberikan kepada bayi sulungnya itu. 
 
Liyana mendirikan rumah tangga dengan Fathuddin Mazlan, 30, pada 2 Februari 2013 dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Seri Pacific, dekat sini.
Read more ...