adsense 728x90


Recent Post
Showing posts with label lisa surihani. Show all posts
Showing posts with label lisa surihani. Show all posts

12 February 2011

Gambar artis | Shaheizy Sam dan Lisa Surihani Bercinta ke?


TIBA-TIBA sahaja dua nama yang pernah berkasihan dalam filem berjudul Satu Lagi, Shaheizy Sam dan Lisa Surihani saling dikaitkan antara satu sama lain.

Bukan setakat teman sebumbung yang bernaung di MIG, kemesraan dan keintiman Lisa dan Sam seperti satu petanda awal. Seperti ada debunga cinta yang bertebaran setiap kali mereka disatukan dalam acara hiburan.

Paling ketara, kemanisan hubungan Sam - Lisa dapat dirasai semua sepanjang sesi jelajah dan promosi Anugerah Bintang Popular yang turut menamakan mereka sebagai antara calon popular.
Lisa dan Sam sama-sama mengakui, hubungan mereka tidak lebih sebagai kawan, bahkan hubungan itu sudah bermula sejak mereka di bangku sekolah lagi.

Sedang sibuk dengan penggambaran filem Bini-Biniku Gengster, kata Sam, dia bukan bersama Lisa sahaja bahkan dia turut mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Lisa termasuk arwah bapa Lisa.
"Lisa juga mengenali keluarga saya. Lisa pernah berlakon dengan ibu dan kakak saya, Zizie Ezzette. Saya pula pernah berlakon dengan Lisa, dan ibunya sering mengikutnya ke lokasi penggambaran.

"Secara tidak langsung kami menjadi rapat, tetapi rapat itu tidak lebih daripada seorang teman," kata pelakon terkenal menerusi filem Adnan Sempit itu yang bagai putus idea hendak menjelaskan spekulasi percintaannya.

" Jika bukan Lisa, jadi siapa sedang istimewa di hati Sam ketika ini?"
Read more ...

20 January 2011

Farid punca perang Danielle, Lisa?

BELUM habis trauma yang dialaminya dek insiden letupan yang mencederakan dua pelakon filem Barajiwa arahan Osman Ali pada 11 Januari lalu di Jalan Bukit Raja Raja, Seputeh, Diana Danielle, 19, dikejutkan dengan kisah kononnya dia tidak sebulu dengan pelakon Lisa Surihani.

Cerita itu bertebaran kononnya ia hanya disebabkan seorang lelaki yang pernah dikaitkan dengan Danielle dan Lisa. Siapa lagi, lelaki yang dimaksudkan itu tentunya Farid Kamil, arjuna yang bertakhta di hati Danielle sejak dua tahun lalu.

Tapi bertemu dengan Danielle pada 12 Januari lalu ketika berlangsung majlis mengumumkan dirinya sebagai duta salun dandanan dan penjagaan rambut, Snips di sebuah hotel di ibu kota, Diana menafikan cerita itu dan menganggapnya sebagai cerita yang cuba digembar-gemburkan pihak tertentu.

“Tiada apa yang perlu diberikan penjelasan. Cuma memang antara saya dan Lisa tidak rapat. Jadi tidak perlu timbul isu kononnya kami tidak baik disebabkan orang lain. Kalau bertemu dengannya di depan mata, saya akan balas salam mahupun memberikan salam kepadanya.

“Saya rasa isu ini sengaja direka. Pelik pula jadinya. Hakikatnya, saya pun bukan rapat dengan rakan artis seperti dia yang rapat dengan Scha Alyahya ataupun Liyana Jasmay. Saya ada kelompok kawan sendiri di luar industri seni,” katanya yang turut diumumkan sebagai calon Top 5 kategori Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 bersaing dengan Lisa Surihani, Liyana Jasmay, Maya Karin serta Scha Alyahya.
" mesra kan... "
Read more ...